Kisah Si Indon…

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat para pembaca yang dirahmati Allah.

Post kali ini, penulis nak berkongsi satu peristiwa yang penulis dengar dari pengalaman bekas pegawai bank dan kini menceburi bidang keusahawanan. Mudah2an dapat manfaat..

Ekonomi Malaysia kini sedang gawat, politik gawat dan akhlak remaja turut gawat…Susulan kursus keusahawanan yang diadakan dibumi Mesir satu peluang yang baik buat kita mahasiswa/wi berkongsi maklumat baru walaupun bukan bidang pengkhususan kita sama ada dari kalangan pengajian Islam mahupun perubatan..Ekonomi merupakan salah satu cabang yang turut diberi perhatian penting oleh Islam…Ekonomi di Malaysia kini banyak dipegang oleh bangsa Cina.

Sumber maklumat yang penulis dapat daripada yang dipercayai, 3 bangsa yang rajin menabung adalah …

Pertama, bangsa Cina, kedua India dan yang ketiga Indonesia. Bangsa Melayu golongan keempat yang menabung didalam bank..Amat ketara sekali budaya menabung bangsa kita, yang majoritinya Islam. Sedangkan kitalah yang sepatutnya yang mendahului setiap perkara kebaikan berbanding mereka yang bukan Islam…Nasib ada saudara seagama kita iaitu Indonesia yang bekerja di Malaysia rajin menabung…

dalam-tremco

Al-kisahnya, hadirlah seorang Indonesia,pendatang yang bekerja di Malaysia ke sebuah bank untuk membuka buku akaun. Lalu dipersoalkan pegawai bank yang bertugas. Kelayakan si pendatang yang hanya mempunyai pengesahan dari Dubes tidak melayakkannya untuk membuka akaun. Sedih si Indon ini, kerana tak layak buka akaun..lalu hadir seorang lagi pegawai bank yang ke-2, penulis namakan Abdullah (bukan nama sebenar), bertanyakan kepada pegawai bank yang pertama tadi. Lalu pegawai bank yang pertama dengan ayat perli memperlekehkan status indon ini yang kedubes…Alhamdulillah, Abdullah sudi membantu..

Lalu berlaku urusan dua pihak ini, tanya Abdullah, ” Mau apa pak? Bisa bantu..” kata Abdullah..

“Iya pak, saya butuh untuk dibantu, saya mau bukan akaun, bisa enggak?” tanya si Dinos Marnos (bukan nama sebenar)

“Enggak bisa pak, tapi enggak apa,kali ini saja saya bantu ya..” ujar Abdullah

“Alhamdulillah,syukur…terima kasih pak..terima kasih atas kebaikannya” kata Dinos

” Berapa mahu disimpan? paling minimum satu ringgit ya..”maklum si Abdullah

” Iya pak, ini cubaan dulu ya, nanti kalau bagus, diisi lagi..”ujar si Dinos.

“Iya, berapa cubaannya?” tanya Abdullah

“Ini, jumlahnya 30 ribu” tunjuk si Dinos

“Waduh, banyak bangat ni, ni rupiah ya”uji si Abdullah

“Enggak, ni ringgit Malaysia..cuba bapak lihat dan hitung..”kata Dinos jujur

“Wah, Dinos banyak bangat duit kamu, kamu kerja apa sih? “teruja Abdullah

“Iya pak,saya ini jualan pinggiran jalan, jual air soya sama kacang merah..”jujur sahaja Dinos

” Biar betul kamu, banyakpendapatan kamu.”ujar Abdullah

“Ia, ini permulaan sahaja pak…ada lagi berikat dirumah” terkejut Abdullah…Lalu diambil duit itu untuk dikira dengan menggunakan mesin. Dimintanya pegawai yang pertama tadi mengiranya lalu berkata ” Nah! Tolong kira duit ni, RM30 ribu semuanya” kata Abdullah. ” Uii! banyaknya duit.Siapa punya?” tanya pegawai pertama tadi..

“Tu, Indon kedubes punya…!” tergamam pegawai pertama tadi..

Setelah lama berukhuwwah dengan Dinos, bertanyalah Abdullah kepada Dinos apa rahsianya berniaga..

Lalu Dinos berkata ” Setiap orang adalah duit, di mana ada orang disitu ada duit,”ujarnya.

Begitulah senario yang dapat kita belajar dari pengalaman orang…Begitulah juga diri kita…Bila kita, sebagai penyambung risalah Islam, setiap orang merupakan saudara yang perlu kita bantu untuk membangunkan potensi kebaikan dalam dirinya. Pandanglah saudara2 seaqidah kita dengan pandangan kasih sayang. Islam itu agama kasih sayang, agama akhlak yang mulia. Saling membantu dan banyak lagi…

image8

Pandanglah setiap orang mempunya hati…setiap hati pasti mempunyai kebaikan walaupun sebesar zarah..cuma perlu digilap  potensi kebaikan di dalam hati dan dirinya..Jangan pandang rendah dan terus menghukumnya dengan pantas…Bantulah dirinya dan diri kita..Islam agama bersaudara.

Jika setiap kita, tidak kira dimana bumi kita pijak, bahasa apa kita guna, menjalankan peranan kita sebagai Muslim,pasti Islam kan bersinar di muka bumi ini. Sinaran kasih sayangnya Islam dapat dikongsi seluruh makhluk di bumi tidak kira manusia mahupun selainnya.

Em, hari RAYA EIDUL ADHA , bakal menjelma, dalam meraikan hari kebesaran Islam jangan lupa kesengsaraan yang dihadapi saudara2 seIslam kita di bumi Palestin yang menantikan huluran bantuan kita…Hulur sedaya yang mampu walaupun segenih cuma..Nilaian itu pasti dikira Allah sebagai amal kebaikan..

ak002450

Masalah Palestin bukanlah masalah rakyat Palestin semata2, bahkan masalah yang mengandungi aqidah…Ianya isu Aqidah yang wajib kita peka dan peduli..Kenapa?

1_452829005m

Kerana Masjidil Aqsa merupakan qiblat umat Islam pertama, dan disitulah masjid ke3 yang barangsiapa solat disitu menyamai 500 solat, dan disitulah Rasulullah sallallahu ‘alaihiwassalam di Mikraj ke Sidratul Muntaha untuk menerima amanah solat lima waktu..

Sama2lah kita menjadi individu yang peka dan peduli dengan isu Al-Quds ini. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihissalam yang bermaksud “barangsiapa yang tidak mempedulikan urusan umat Islam , dia bukan dari kalangan mereka(umat Islam)” na’uzubillahi minzalik..

Marilah sama2 kita buka hati, buka minda, lakukan amalam kebaikan…jangan tunggu lagi…Bila terbit dihatimu suara kebaikan, terus lakukan kebaikan itu, takut2 suara kebaikan itu tenggelam dengan hasutan syaitan….

P/S: SALAM EIDUL ADHA, KULLU SANAH ENTUNNA TOYYIBAT WA AQROB ILALLAH..

Teruskan hidup dalam kebaikan. Ya Allah, panjangkanlah umur kami dengan kebaikan, cenderungkan kami dengan kebaikan, dan terimalah segala amalan2 kebaikan kami…Amin Ya Allah…