Sambungan Saya BANGGA SEBAGAI MUSLIM

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat para pembaca yang dirahmati Allah..

Alhamdulillah..bertemu kembali di medan pena…Insyallah..penulis akan menyambung kembali baki 10 sifat yang perlu kita sama2 berusaha ke arahnya…

 Sifat yang ketiga : Memiliki akhlak yang teguh

Buah dari aqidah yang mantap dan ibadah yang benar akan membuahkan akhlak yang teguh. Bila mana kita memahami  ajaran dari ‘sekolah aqidah’ dan ‘sekolah ibadah’, maka keputusan yang lahir dari proses pendidikan di dua ‘sekolah’ ini akan melahirkan individu yang baik dari akhlaknya. Bila ‘sekolah2’ ini tidak diikuti sebaiknya, ke putusannya mengecewakan.. Itulah dia ..akhlak yang lahir dari dua aspek utama ini.

Sifat yang keempat:  Memiliki tubuh badan yang kuat dan sihat

abutarikah11

Wajiblah ke atas kita untuk sama2 menjaga nikmat jasad dengan menjaganya dengan baik demi melakukan amal2 kebaikan kerana Allah semata. Jadi, kita jangan pandang remeh dengan aktiviti sukan dan pemakanan…Itu tandanya kita bersyukur dengan nikmat jasad…Bila jsad sihat..kita mudah untuk beramal.

Sifat yang kelima : Ilmu pengetahuan

th_271

Seorang muslim juga perlu memastikan aqalnya diberi ilmu.Ilmu yang bagaimana? Ilmu yang membawa ke arah kebaikan bagi dirinya, iaitu meningkatkan tahap pengetahuan tentang diri kita sebagai hamba Allah, sebagai ummat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam, sebagai sebahagian dari ummah..Kita perlu ‘topup’ ilmu kita selalu. PENTINGNYA tubuh badan yang sihat ,turut membantu dalam pencarian ilmu…Ilmu yang diperolehi segeralah beramal dengannya dan berkongsi dengan yang lain..SYURGA kan milik bersama..Jadi, JANGAN lokek dengan sesama.

 

Sifat yang keenam : Mujahadah dengan dirinya.

 

Kita sering gagah dan hebat bila di hadapan manusia..adakah kita turut gagah dan hebat bila bersendirian..Emm..di waktu inilah, kita perlukan mujahadah yang berterusan melawan dan menyekat kehendak nafsu yang tidak terbimbing dengan ilmu kebaikan..Nafsu ini perlu kita didik mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah..Bagaimana? Kita perlu mempelajari sunnah Rasulullah saw dan para pembawa kebenaran sebelum kita. Bagaimana mereka bermujahadah menyekat nafsu semata2 mencari Redha Allah..

Sifat yang ketujuh dan kelapan : Bersungguh-sungguh menjaga waktu dan bersistematik dalam kehidupan sehariannya.

Kehidupan kita bermula dari lahirnya kita ke dunia hingga masuk kembali ke liang lahad. Jadi, kehidupan kita yang berbaki ini perlukan satu sistem disiplin yang baik dalam kita menguruskan masa..Jangan kita terleka dengan nikmat masa muda. Masa muda inilah kita perlu bersungguh melakukan pembaikan diri, hati,aqal,amalan dan banyak lagi..

Sifat yang kesembilan: Bermanfaat pada orang lain.

Emm..inilah ciri2 yang kadang2 kita terlepas pandang untuk bermuhasabah setiap hari..Kita kena berusaha agar diri kita memberi manfaat pada orang lain. Bukan kerana inginkan nama, masyhur,pangkat dan sebagainya..tapi kerana Allah semata. Indahkan bila kita melakukan sesuatu hanya kerana Allah semata..tidak mengharapkan pulangan dari pihak yang kita bantu..Bila kita menghulurkan bantuan kerana Allah walaupun balasannya sama ada dengan kebaikan ataupun kejahatan kita akan tenang menghadapinya lantaran kebaikan yang kita lakukan hanya kerana ALLAH.

Sifat yang kesepuluh : Berkemampuan bekerja sendiri

Sebagaimana kita melihat sirah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam yang di awalnya menjadi pengembala kambing seterusnya berdagang. Ini merupakan satu kegiatan yang baik terhadap melatih hati supaya bersabar dalam memperolehi harta yang halal dan berkat. Jadi, jangan pandang rendah dengan orang2 yang mengikuti jalan ini, bekerja sendiri . Kita juga perlu berusaha ‘berdiri dengan kaki  kita sendiri’.

P/S: Jom sama2 mulakan pengislahan diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnya..Siiru ‘ala barakatillah.

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

2 Responses to Sambungan Saya BANGGA SEBAGAI MUSLIM

  1. ezzaty saadah berkata:

    salam…ya ukht, sy m0h0n nk guna artikel ni ya?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: