Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis

Bismillahirrohmanirrohim. Alhamdulillah ‘ala kulli hal wa ni’mah…

Lama sungguh, penulis tidak memenuhi hak teratak pena ‘hiduplebihbererti’ lantaran hak-hak realiti yang perlu diutamakan. Atau mungkinkah penulis sendiri yang tidak bijak menguruskan masa. Apa-apa pun, realiti tetap realiti.

Post kali ini, lebih kepada satu program susulan berkenaan dengan isu Masjid Al-Aqsa yang terkini.

Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis (KOSMAZ) peringkat negeri Perak bakal berlangsung pada 13 MEI 2010 (Khamis) di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak ( INTIM) .

KOSMAZ merupakan program yang julung2 kalinya diadakan dengan kerjasama yang baik dari Jabatan Agama Islam, Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Perak ( PEMBINA PERAK) dan Aman Palestin Cawangan Perak.

Mudah2an hasrat2 pencinta Al-Quds, Bumi Para Nabi, Bumi Israk Mikraj, Bumi yang merupakan Qiblat Umat Islam yang pertama semakin meluas ke jiwa2 orang2 ISLAM…

Teringat penulis sewaktu bersama akhawat STAM AIM, duduk berhalaqah memuhasabah diri sejauh mana, proses tarbiyyah berjalan di dalam diri masing2…Penulis membacakan kalam hikmah dari Ustaz  ‘Amru Khalid tentang perlunya ada sikap JIDDIYAH/ Bersungguh2…

Betapa di dalam Al-Quran banyak mempamerkan ayat-ayat yang menyeru kepada JIDDIYAH

Antaranya…{ biqquwwah} dengan kekuatan…

Kenapa Allah pamerkan ayat2 yang menerangkan tentang kekuatan ( JIDDIYYAH)?

Inilah antara akhlak yang ditunjukkan oleh para anbiyak terhadap umatnya…JIDDIYAH…bersungguh2 dalam urusan pembaikan diri dan kebenaran…

Betapa penting sikap JIDDIYAH ini turut ditonjolkan oleh para sahabat seperti Abu Ayub Al-Anshori, walaupun usia beliau mencecah 80 tahun, namun apa yang dikatakan pada sahabat2 yang ingin keluar ke medan perang…” KHUZUUNI MA’AKUM”

‘ bawalah aku bersamamu…” Tak terbayang hebatnya jiwa JIDDIYAH Sang sahabat, jasad dimamah tua, usia semakin menjauh..namun jiwanya muda kerana CINTANYA PADA ISLAM…Masya Allah!! Akhirnya, Allah muliakan beliau dengan kesyahidan ketika proses untuk menawan kota Konstantinopel…Kuburnya masih berada dibumi itu.. Bukti kesungguhan beliau terhadap CITA2 ISLAM…RAHMAT LIL ‘AALAMIN…

Begitu juga kita dapat lihat JIDDIYAH Sultan Muhammad Al-Fateh…dari kecil hingga ke zaman pemudanya…CITA2NYA untuk menawan kota Konstantinopel..Akhirnya, Allah kurnikan kemenangan ISLAM ditangannya…

Solahuddin Al-Ayuubi… Pemuda yang berjaya membebaskan bumi Al-Quds dari tangan tentera Salib… JIDDIYAHNYA beliau sehingga Allah memilihnya untuk membebaskan semula bumi bersejarah itu…Subhanallah..

Sahabat2 fillah….

Betapa sikap JIDDIYYAH perlu kita garapkan untuk memenangkan semula dan membebaskan BUMI AL-QUDS dari tangan2 kotor YAHUDI ZIONIS LAKNATULLAH…

Siapa lagi yang hendak diharapkan lagi melainkan kita mulakan dari diri kita….Sikap bersungguh2 mampu mengembalikan semula kedudukan ISLAM sebagai USTAZIATUL ‘ALAM….

Ayuh!! kita mulakan langkah kesungguhan2 tidak kira dimana letaknya kita…

Bersungguh2 dan serius dalam memikul amanah…kerana Solahuddin Al-Ayuubi pernah menyebut…” Bagaimana aku mungkin tersenyum sedangkan  Al-Aqsa sedang menangis”!! SUBHANALLAH…Begitu hebatnya jiwa sang pejuang itu..

Ayuh!! kita susuri jalan Solahuddin Al-Ayuubi bagi mengembalikan semula SENYUMAN pada MASJID AL-AQSA…

P/S : AL-QUDS PASTI TERSENYUM SEMULA…..

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

2 Responses to Konvensyen Selamatkan Masjid Al-Aqsa Dari Ancaman Zionis

  1. madihah ahmad berkata:

    salam.ukhti,kaifa haluki…
    rindu betul,rasanya macam nk sama2 joint halaqah yg pengisiannya diberi oleh k.balqis…
    sedih sgt bc post ni,teringaat kata2 sultan hamid yang beliau x kan menjual segenggam pun tanah palestin sebab tanah palestin bukan miliknya malah milih umat islam keseluruhannya…bila bc post akak td rasa nak terbang ke perak pula…
    uhibbuki fillah….

    • hiduplebihbererti berkata:

      alaikissalamwbt ya ukhti..:) alhamdulillah ana kheir tamam..wa atamman enti fi ri’ayatillah ya habibti…akak sangat memerlukan teman2 akhawat fillah membantu…bumi malaysia sangat perlukan tenaga2 duat kita…sama2 kita berusaha bersungguh2 walaupun sekecil cuma…tak sabar nak tunggu madihah balik perak..majukan tanah kita..:)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: