Al-Aqsa Pernah Mengubat Luka Hati Rasulullah saw

Bismillahirrohmanirrohim. Hamdallah.Masih punya nikmat iman,islam,umur,kesihatan dan segala nikmat yang tidak terhitung. Kepada Sang Khalik, penulis merafa’ kan kesyukuran.

Hamdallah, masih punya waktu untuk menulis. Semakin hari, bumi Ipoh khususnya, Perak amnya, bahang ummah untuk mahu tahu tentang Palestin semakin hangat. Penulis beserta para barisan yang mudah2an tergolong dalam barisan yang berusaha untuk kembalikan ‘Senyuman Al-Aqsa yang satu ketika dulunya pernah mengubat luka dihati Rasulullah saw.

Rejab telah berlalu, Syaaban mula berlabuh, Ramadhan bakal menyinggah, 1431 tahun telah berlalu..Pelbagai peristiwa berlaku pada ummah…

1431 berlalu, generasi silih berganti..warna silih berganti…Namun satu hakikat..sejarah pasti berulang…

Kini, 1431 menyaksikan pemergian rejab…sejarah perjalanan Sang Kekasih diubat luka hatinya oleh Sang Khalik..Kepedihan dan kesedihan perginya yang dicintai dan dikasihi. Penguat hati Sang Kekasih.

Lalu, bermulalah perjalanan Sang Rasul menuju Yang Maha Abadi. Begitu indah dan tingginya Sang Pencinta terhadap hamba pilihanNya. Lalu bermulalah sebuah perjalanan…Pelajaran buat ummah dulu,kini dan selamaya.

Yang Maha Mencintai menghadiahkan ‘senyuman’ terhadap kedukaan Sang Rasul dengan ‘solat’ . Bukan di bumi, tapi dilangit yang merentasi batasan fikiran manusia…Tinggi sungguh nilai ‘solat’ terhadap Sang Rasul .Penawar hati lara Sang Rasul turut dirasai oleh Al-Aqsa, Al-Quds, Palestin, bumi yang diberkati Allah.

Tak terbayang wajah al-Quds tatkala melihat semangat Sang Rasul bangkit setelah terluka.

Kini, tempat itu…Al-Quds merintih sayu, sendu diratah bangsa laknatullah…kesuciannya dirobek dan dihina…

Tapi Allah Maha Berkuasa, generasi demi generasi lahir memikul amanah Sang Rasul untuk menjaga dan mempertahankan kesucian bumi itu…

Bumi itu pernah menggembirakan hati Kekasih.

Kini, ia menangis…menangis kerana dinodai..

Lalu Sang Pahlawan Solahuddin Al-Ayubi berkata” mana mungkin saya tersenyum sedangkan Al-Aqsa menangis…

Subhanallah suci sungguh hati itu..

……………..akan bersambung………

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: