Sama-sama Buktikan Cinta Terhadap Rasulullah saw

im67

Bismillahirrohmanirrohim..

Sudah sekian lama saya tidak menulis..Alhamdulillah diizinkan Allah untuk berkongsi ilmu untuk sama2 mengislah diri..

Baru2 ini saya ada menonton kuliah yang diberi oleh seorang penceramah yang berbangsa arab yang bernama ustaz Habib Al-Jufri. Beliau menyentuh tentang detik2 terakhir Rasulullah saw. Kisah in tentunya sudah sedia maklum bagi kita semua bagaimana detik terakhir Rasulullah saw ketika maut menjemput baginda saw..

Isi yang ingin dikongsi di sini merupakan satu nasihat khususnya buat diri saya sendiri, umumnya buat para pembaca yang dirahmati Allah..

Antara isi2 yang dapat saya ambil..bukti kecintaan kita pada rasulullah saw bukan sekadar mengetahui biodata baginda saw, membaca sirah baginda saw tapi yang terutama berusaha mengikut jejak yang ditinggalkan oleh baginda saw…Bukankah diutusnya Rasulullah saw untuk menyempurnakan akhlak…

Tika mana, masyarakat arab jahiliyyah di dalam kecelaruan akhlak.. Allah utuskan pembimbing bagi mengangkat darjat manusia kepada darjat yang mulia..

Tika mana, bangsa arab Quraisy menghadapi krisis moral yang maha dasyat…baik lelakinya mahupun perempuan..manusia tika itu kian jauh dari landasan akhlak yang mulia…

Bayi2 perempuan ditanam hidup2…Minum arak menjadi perkara biasa..Zina…Perbalahan dan pelbagai lagi akhlak2 mazmumah menjadi amalan masyarakat arab Quraisy ketika itu…

Lalu lahirlah seorang pemuda yang menjadi penyempurna akhlak2 mulia.. Nabi Muhammad saw…

Cuba kita renung sejenak, kekalutan dan kepincangan akhlak yang melanda diri kita dan masyarakat Islam…Betapa..banyaknya usaha2 yang perlu kita pertingkatkan bagi mengislahkan diri kita dan melepaskan diri kita dari rantai2 jahiliyyah yang masih melingkari diri kita..

Kita lihat krisis yang melanda umat Islam kini…Jika dulu, bayi perempuan sahaja ditanam hidup2..Dizaman kita..bayi dibuang tidak mengira jantina…penzinaan yang semakin kronik..hijab tidak lagi menjadi kemegahan para perempuan Islam..arak, judi dan pelbagai lagi masalah sosial yang melanda dikalangan saudara2 semuslim kita…

Bukankah tugas kita untuk membantu mana2 saudara2 muslim kita yang menzalimi dirinya atau menzalimi orang lain dan membantu saudara2 kita yang dizalimi..

Buktikan kecintaan kita dengan amalan bukan sekadar dibibir..

Buktikan cinta kita dengan berfikir sebagaimana fikirnya Nabi saw…

Gunakan mata kita sebagaimana Rasulullah saw menggunakan mata baginda saw…

Gunakan telinga kita sebagaimana Rasulullah saw menggunakan telinga baginda saw…

Perlakukan anggota kita baik lahir mahu hati dengan berusaha mengikut cara Rasulullah saw…

Buktikan kecintaan kita kepada Rasulullah saw dengan berusaha semaksimum mungkin untuk memperbaiki diri supaya menjadi muslim mahupn muslimah yang benar dipandangan Allah…

Kuatkan azam..Besarkan cita2 kita..Kita merupakan penyambung risalah Nabi Muhammad saw…Ummah sedang menantikan qudwah2 yang baik untuk dijadikan ikutan…

Ummah dahagakan akhlak2 yang mulia..

Banyak hati2 yang gersang yang didalam hati kecilnya punya rasa untuk berbuat kebaikan walaupun ianya sebesar zarah..

Banyak hati2 yang nak berubah untuk jadi baik, untuk menjadi muslim / muslimah yang baik…

Buktikan indahnya Islam dalam setiap fikiran kita…lisan kita…mata kita..telinga kita…seluruh cara hidup kita…

Yakinlah…ALLAH tidak pernah biarkan kita…

Sama2 kita berusaha membuktikan kecintaan kita pada Yang Maha Esa..pada yang merindui kita segenap jiwanya walapun diambang kematian…yang dilafaznya ..”ummati..ummati..ummati”

Buat adikku semuslimah…

Sama2 berusaha melatih diri mengamalkan akhlak2 muslimah…Jangan pernah malu dan takut untuk beramal dengannya…Dirimu bunga agama.. Baiknya akhlakmu…pasti baik generasi yang mendatang..

Sama2 kita berdoa..Doalah sebanyak2nya…doa2lah yang hebat2..Doalah pada YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI…DIA TIDAK PERNAH JEMU MENDENGAR RINTIHAN DAN DOA2 kita..

Akhir pena…sebuah lirik nasyid buat muhasabah bersama…

Kudamba RedhaMu

Album : Alternatif Hiburan Bermotivasi
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

 

Bagaikan hausnya.. bumi gersang
Yang kering lantaran tidak disirami hujan
Begitu sepinya dan rindu hatiku
Bila cintaMU tidak bersemi

Berjalan aku.. bagai kesesatan
Di tanah tuhan.. diriku ditinggalkan
Tiada teman untukku mengadukan
Resah hidupku… ditimpa sesalan

Aku dambakan.. dambakan cinta
Cinta sejati yang kekal selamanya
Biarpun pahit.. perjalanan meraihnya
Demi redhaMU.. kuharungi jua

Kerana cinta lahir dari sanubari
Biarpun perit menuju cintaMU
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku
Biar diracun dunia
Tidakku gentar tempuhnya…

Ya Allah tidakku sedari
Selama ini cintaMU tak pernah menyepi
Rahmat kasih sayangMU yang tiada bertepi
Setiap hambaMU tetap kau sayangi
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini
Janji pada hambaMU tak pernah kau mungkiri
Maafkanlah… redhailah….

Aku bersaksi bahawa KAU sesungguhnya
Tuhan yang agung pencipta segalanya
Tempatku bermohon dan berlindung
Dari kehinaan dan kemusnahan

 

 

P/S: Demi redhaMU..

 

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: