Cuti Di Malaysia Bakal Berlabuh

Bismillahirrohmanirrohim…

Alhamdulillah ..’ala kulli hal wa ni’mah…Biiznillah, teratak pena hiduplebihbererti ‘kembali’ setelah ‘bersawang’ . Alhamdulillah masih punya nikmat menulis. Rindu sebagai tholibul ‘ilmi begitu kuat..Rindu rasanya ingin menjejakkan kaki di bumi al-azhar untuk menadah kitab..

Sekejap benar masa berlalu, sedar tak sedar hampir genap 7 bulan ,penulis diberi keizinan ‘Pemilik nyawa dan sekalian makhluk ‘ untuk mencari sebanyak mungkin bimbingan, tunjuk ajar dan pengalaman dari ‘qudamak2’ jalan tarbiyyah dan da’wah. Begitu jauh sekali teori dan pratikal..Diuji dan teruji untuk terus thabat dan istiqamah dalam kebaikan dan pembaikan… Begitu nikmatnya bila diri sentiasa dikelilingi teman2 yang soleh dan musleh dalam terus memanfaatkan diri pada ummah dan risalah..

Teringat penulis satu ketika, di program training for trainers Aman Palestin di cairo, Mesir satu ketika dahulu (2009)..Saat itu, penulis bersama teman2 tarbiyyah dan dakwah berbincang perihal keadaan diri di Malaysia..Mampukah thabat dan istiqamah dalam tarbiyyah dan dakwah..?

Alhamdulillah, anugerah terindah bila hidup bersama teman ‘amal’ tarbiyyah dan dakwah..khususnya yang telah lama dan berpengalaman di dalam medan ‘amal’, terdetik di benak fikiran penulis, hebatnya thabat mereka, hebatnya pengorbanan mereka, hebatnya semangat mereka untuk mentarbiyyah.

Kesungguhan mereka memberi keinsafan pada hati nubari penulis, individu yang masih bertatih dalam pembaikan dan kebaikan…Sungguh mereka ini insan2 yang luar biasa penulis temui…

Untuk terus thabat dalam pembaikan dan kebaikan,  perlu diberi perhatian utama dengan siapa kita mu’ayashah..dengan mu’ayashah dengan teman2 soleh dan musleh, diri kita pasti terkena ‘sentuhan ‘ pembaikan dan kebaikan sama ada sedar atau pun tidak…

Begitulah indahnya nikmat ukhuwwah selepas ‘ISLAM’…

Penulis rasa sangat ‘bermakna’ percutian di Malaysia…banyak yang penulis pelajari dari yang kecil hinggalah kibar( besar)..

Tapi yang pasti, saat itu semuanya kerana Palestin…TOT di Cairo, Mesir menjadikan ‘hidup’ penulis lebih bermakna.

Begitu indahnya ‘hidup’ , bila istikharah dibuat hanya merujuk kepada Allah Robbal ‘Izzati..

Terima Kasih Ya Allah kerana memberi keizinan pada hambaMu yang lemah untuk terus thabat dan istiqomah dalam pembaikan dan kebaikan…

Buat akhawat Perak…umi siti faridah ,umi hana, kakteh, kak nur,kakwa, kaknora, kak azimah,kak  faridah, najihah,kak noji,kak sab, kak huda, asyikin, ain,asmah, norin, aisyah,kak hawa, athirah n yang terindah, akhawat stam, tasnim,zahra’,nur, keenah,elsa,mithali,mas,ada,aqilah aminuddin,aqilah roslan,

Buat ayahanda murabbi, Muallim Zol, Muallim Razmi, Muallim Shaharuzzaman, Muallim Najib, Ustaz Roshidi, Ustaz Zamri, Ustaz Akib, Ustaz Shukri…

Buat warga Aman Palestin seluruh tanah air,Pembina Perak, Krim Perak dan warga AIM, Perak…

JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA atas bimbingan,nasihat, tunjuk ajar antum dalam ‘mematangkan’ diri dan memastikan penulis sentiasa istiqomah dan thabat…

Moga JANNAH FIRDAUSI milik kalian dan diri penulis juga..Ameen…

Menghitung hari..kitab perlu dibuka semula..exam makin mendekat..Mohon doa semua ..mudah2an penulis najah mumtaz tahun ini..ameen…

P/S: Kerana Palestin, bermula Palestin..moga diakhiri hidup dengan ‘Senyuman bumi Al-Quds’ bumi yang pernah memberi ‘senyuman’ kepada Rasulullah saw di tahun kesedihan baginda saw..

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: