Nostalgia kebun abah

doa_comel

Bismillahirrohmanirrohim

Bila berjauhan dari keluarga, seribu macam kenangan mula bermain dalam ruang fikiran ku. Satu persatu terbayang keindahan dan kemesraan tika bersama keluarga. Tapi keindahan yang paling kurasa dan betapa manisnya saat itu, bila hati sentiasa mengingati kebesaran Allah. Emak dan abahku mendidik kami adik beradik dengan tabiat berbudi kepada tanah.

Sejak kecil, kami dikenalkan dengan alam tumbuhan walaupun hakikatnya, kami menetap di Bandar Ipoh. Hujung mingu jika tiada aktiviti ko-kurikulum, kami pasti dibawa oleh abah dan emak ke kebun di Pulau Tiga, Kampung Gajah Perak. Pergi satu keluarga memang kenangan yang sangat indah. Bila abah dan abang Nua bergilir-gilir memegang mesin rumput untuk membersihkan kawasan yang bersemak, emak , kakyong, ijui dan adik sibuk dengan serai2 mereka..Lucu aku melihat gelagat2 adik2 ku yang kecil lagi, tangan2 menjadi miang dan gatal kerana pegang daun serai. Takpelah , baru nak mesra dengan alam ciptaan Allah. Aku? Tetap dengan aktiviti kegemaranku, kait buah limau nipis. 30 buah pokok semuanya. Untung2 dapat tambah duit kocekku minggu ini di sekolah nanti. Begitulah, cara abah mengajar kami, nak duit poket lebih, kena rajin ikut abah ke kebun. Ingat lagi saat itu, kakyong berusia tingkatan satu, abang Nua darjah 5, aku darjah 4, Udin darjah 3, Ijui darjah 2 dan adik 5 tahun.

Memang hobi abah, selalu ke kebun di hujung minggu, abah nak pergi sendirian tak seronok katanya, lalu kami semua satu keluarga pergi. Lama-lama , aktiviti kebun menjadi aktiviti mingguan kami sekeluarga. Aku lebih2 lagi. Saat aku mula kenal alam hijau ciptaan Allah itu, muzik cengkerik dan unggas hutan bagaikan satu melodi indah yang kudengar. Melalui pembacaanku daripada sudut bacaan yang emak buat, banyak buku sirah yang kubaca, bahawa makhluk haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia. Bunyi unggas itu mengingatkan aku supaya tidak lupa untuk selalu mengingati Allah. Yang membezakan aku dan unggas cumalah pada bunyi itu. Terasa hati lapang dan tenang bila bersama ‘mereka’. Kadang2, bunyi zikir unggas rancak , menjadikan aku insaf dengan kealpaan diri. Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh2 tanpa penat berzikir memuji Allah, aku?? Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku suapaya tidak lupa kepadaMu dengan kehadiran unggas. Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar.

Bila saat turun je dari van abah, kami adik beradik berlari pergi ke pondok sambil di tangan2 kami membawa barang2 keperluan. Bekalan yang tak pernah dilupakan, tin sardin dan meggi..Kami makan dalam daun pisang yang emak buat. Lahap jugak kami makan, selepas penat bekerja seharian. Lazimnya, kami akan bertolak ke kebun di waktu subuh, siap memakai pakaian khas ke kebun. Kami akan bermalam selalunya. Pergi Subuh Sabtu dan balik petang Ahad. Menghabiskan cuti sekolah mingguan kami di sana. Yang paling kurasakan dan selalu ku fikir. Betapa tinggi dan gagahnya pohon2 durian berdiri. Otakku memproses lagi, jika pohon durin ini, hebat di pandangan mataku, Maha Suci buatMu Allah kerana betapa hebatnya ENGKAU YANG MENCIPTA.

Ustaz Aziz, guru kelas sekolah agama rakyat di kawasan rumahku, sering menceritakan kisah2 sirah yang menjadikan hatiku terang dan semakin meminati kisah2 sirah. Bagaimana, nabi Ibrahim mencari Allah, pelbagai pengalaman nabi Ibrahim melihat dan berfikir siapa tuhan yang sebenarnya. Aku, cuba mengikut jejak itu, melihat alam ciptaan Allah, dan rasai nikmat KEHEBATAN ALLAH DAN KEBESARANNYA. Melihat makhluknya yang bernama pohon durian, rambutan,langsat, pisang dan limau bali, sudah begitu banyak membuktikan betapa HALUSnya Allah dan HEBATnya DIA. Aku tertunduk insaf.

Rindu makan malam kami, sardin dan telur dadar. Makanan kegemaran kami tidak kira di kebun atau di rumah. Memang berselera kami makan. Emak akan panggil kami yang leka bermain setelah bekerja membantu abah. ” Nua, Udin, Ijui mandi cepat..! Hari nak gelap dah!!” Giliran budak2 lelaki mandi. Riuh kawasan perigi dengan telatah adik-beradik lelaki ku..Kami mandi2 ‘kambing’ je.

Bila waktu malam, keriuhan unggas semakin indah, cahaya dari unggun api yang abah buat untuk menghalau kelompok binantang buas seperti bai hutan dan harimau dan tak lupa jugak nyamuk2. Lazimnya, pada waktu malam kami habiskan dengan menyiapkan kerja2 sekolah, supaya balik petang Ahad dah tak penat.

Paling seronok bila musim durian. Lazimnya, buah durian suka jatuh waktu2 malam. Masa tu, kami adik beradik dah siap dengan lampu suluh masing2. Maklumlah bersaing siapa paling cepat jumpa buah durian. Tertunduk2 kami mencari dengan lampu suluh. Tapi selalunya, kami akan dapat turun cari buah durian bila ikut abah atau atuk atau mak. Maklumlah, kami ni budak kecik, takut2 kami ke lain pulak. Kelakar.

Pagi-pagi esoknya, kedengaran salah seorang adik beradikku memanggil, aku lupa siapa..

Dia panggil.. ” Mak, abah atuk, meh tengok kat sini!!” kami yang tak dipanggil, ‘join’ sekaki, teruja nak tahu.

 Rupa2nya aku melihat sekelompok kulit durian di satu sudut dan biji duri terkumpul kemas di satu sudut. Memang bersistem dan pengemas lah aku kira yang memakan durian kami.

Arwah atuk kata, ” ni harimau yang makan. Nampak kesan kaki dia” jelas atuk.

 ” Harimau!! Wah!! Cantiknya dia makan atuk. Tak bersepah.” Kami adik beradik menyampuk.

Bukannya tahu takut, kami ‘respect’ lagi. ” haaa..Rimau makan tertib kan..jadi, kita sebagai manusia mesti lagi tertib” tambah atuk.

 Kami tersenyum pesan atuk. Gedebuk!! ” Haaa…durian!! Cepat siapa jumpa dulu” kami berebut mencari..

 ” Kat sana!! Kat sana!!” Udin dengar kat sana!!” ujar adikku.

 ” Jom!! Siapa dapat jumpa dulu!!” Berlumba-lumba kami adik beradik.

 ” Yay!! Nua jumpa dulu…Nua menang!!..Nua menang!! ”

Kami saling melihat antara satu sama lain dengan muka yang ‘frust’.

Gedebuk!!

Ada lagi! Begitulah gelagat kami. Riuh hutan kebun tu dengan gelagat kami. Aku tersenyum mengenangkan saat itu. Paling tak ku lupa saat musim langsat. Adik beradik lelakiku berebut nak ‘cop’ pokok mana yang akan mereka panjat. Aku nak ‘join’ jugak..tapi mak tak bagi sebab perempuan. Tapi  abah ‘sporting’ , abah tunaikan permintaan aku untuk rasai nikmat petik buah langsat. Abah pilihkan aku pokok langsat yang paling rendah. Aku tersenyum. Bolehlah daripada tak dapat panjat. Geleng kepala mak aku..Aku tersengih pada mak. Penuh bakul2 kami dengan langsat.

 Bila balik rumah, sebahagian hasil2 buah, abah akan jual dan selebihnya kami berkelah dengan jiran2 kat rumah. Riuh rumah2 disekitar ku.. Pakcik2 dan makcik yang berjalan kaki dan naik motor, pasti singgah ‘join’ kami semua..Penat 2 hari ke kebun terasa hilang dengan keriuhan dan kemesraan yang terbina di kawasan kejiranan di rumahku.

 Terima kasih Allah atas nikmat aqal yang ENGKAU KURNIAKAN….Terima kasih Allah atas sebuah kenangan indah saat berinteraksi dengan makhluk2MU yang amat ku kagumi. Betapa Maha Besar dan Berkuasanya DIRIMU dipandanganku.

 Terima kasih abah, emak kerana perkenalkan kakyang dengan ‘dunia berkebun’ yang saat ini kakyang amat rindu dengan kebun tu. 6 tahun Kakyang tak pergi menjenguk dunia kecil itu, tapi ianya banyak mengajar kakyang erti hidup sebagai hamba Tuhan yang Maha Esa.

Rindu rasanya saat kecil2 berlari , bermain dan bergurau senda dengan Kakyong, abang Nua, Udin, Ijui dan adik. Gelak katawa, kenangan belajar mengupas durian dengan parang panjang abah, bermain ’rounders’ dalam kebun berbola kan buah kelapa yang masih kecil yang berguguran di sekeliling pohon kelapa, lalu dipukul dengan sekeping kayu entah dari mana abangku kutip. Semuanya punya nostalgia yang indah. “Selamat tinggal kebun…minggu depan jumpa lagi..” lambai hatiku..

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: