Mari Mengenal Dunia Hadith

SP_A0932

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah atas nikmat dan kurnia dari Allah Subhanallahu wa Ta’ala…Tiada kita berdaya dan mampu melainkan kekuatan dan kemampuan yang kita miliki kesemuanya adalah milik Allah dan atas izinNYA. Kita hanyalah peminjam sementara di atas semua yang kita miliki, baik diri kita, ilmu kita, harta kita, dan segalanya. Semuanya milik Allah Pemilik Dunia dan Akhirat. Maha Besar bagi Allah..

Post kali ini, penulisan saya lebih kepada disiplin ilmu hadith yang pernah saya pelajari di Kolej Islam Darul Ridzuan sekitar tahun 2003-2006 di dalam Diploma Usuluddin ( Bahagian Hadith). Seterusnya saya menyambung bidang saya ke peringkat Ijazah di salah sebuah Universiti Islam yang tertua di dalam dunia Islam, Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah bermula pada tahun 2007-2009 (masih menunggu keputusan dari Allah khususnya, dari pihak universiti umumnya..)

Saya masih terlalu mentah dan banyak perlu belajar lagi khususnya dalam bidang yang saya ambil.

Post kali ini, saya sangat2 sukacita ingin berkongsi ilmu2 yang diberikan pada saya dari peringkat asas ilmu hadith sehinggalah ke peringkat kemampuan mengembalikan hadith2 pada sumbernya ( TAKHRIJ AL-HADITH). Insyallah, mudah2an perkongsian saya yang masih perlu pembaikan dan pertambahan ilmu, kita sama2 dapat mengenali ilmu hadith dan disiplin2 yang melingkari bahagian ini. Insyallah.

Mudah2an, perkongsian ini, menambahkan lagi pengetahuan kita tentang apakah sebenarnya perkara2 yang berkaitan dengan hadith seterusnya menggalakkan kita agar lebih celik hadith ketika mana ,era global kini lebih bersandarkan ‘dunia tanpa sempadan’.

Disamping, menambahkan lagi kecintaan kita kepada sumber kedua bagi ajaran Islam sendiri, selepas Al-Quran.

APA KAITANNYA HADITH DENGAN AL-QURAN?

Sebagaimana yang kita maklum, Al-Quran merupakan kitab yang terakhir yang Allah SWT turunkan kepada Rasululullah saw. Turunnya Al-Quran merupakan sebagai kitab yang terakhir yang terkandung di dalamnya KALAM ALLAH . Al-Quran merupakan satu catatan perlembagaan dari Allah SWT buat umat manusia akhir zaman. Kehadirannya menerangi fakta2 yang pernah diselewengkan oleh umat2 terdahulu, membimbing manusia secara umumnya  dan umat Islam secara khususnya supaya cara hidup manusia lebih tersusun mengikut ‘acuan Allah’.

Di dalamnya, banyak rahsia2 dikongsikan untuk umat manusia. Al-Quran yang diturunkan merupakan mukjizat terbesar yang Allah SWT kurniakan buat Rasulullah saw, utusan Allah dalam membimbing kita ke arah menjadi ‘hamba Allah yang sebenar2nya’.

Usianya menjangkau 1430, yang turut diakui kekuatan dan keyakinan fakta2 yang tidak pernah diubah walau beberapa usaha pihak musuh cuba untuk memalsukannya mahupun menyelewengkannya. MAHA BENAR ALLAH, DIALAH YANG MENJAGA SEGALA MILIKNYA dan keberkatan yang Allah SWT kurniakan dengan golongan2 ulama yang mendalami bidang dan disiplin AL-QURAN.Moga Allah Rahmati usaha baik golongan2 ini.

Sebagaimana yang kita ketahui, Ayat2 Al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah ada ayat Al-Quran yang Allah turunkan secara ‘muhkamat’ ( jelas), dan sebahagiannya ‘musytabihaat’ ( perlukan perincian ).

Disinilah, Rasulullah saw sendiri menjadi sumber rujukan kedua selepas Al-Quran. Bagaimana?

Apa sahaja yang berasal dari pertuturan Rasulullah saw, perbuatan Rasulullah saw mahupun diamnya Rasulullah saw merupakan sunnah. Inilah yang dinamakan sunnah Rasulullah saw.

Kita sedia maklum, setiap umat diutuskan rasul untuk menjadi pembimbing ke arah kebenaran. Bertuahnya kita kerana menjadi umat Rasulullah saw, rasul yang dijanjikan syafaat buat umatnya.

Bagaimana resah dan gelisahnya Rasulullah saw tatkala saat berpisahnya roh dari jasadnya..kalam yang diungkapkan saat itu, hanyalah kedengaran ” ummati..ummati..ummati..”

Kasih  dan cinta Rasulullah saw terhadap kita melebihi diri baginda saw sendiri..Tingginya sikap peduli Rasulullah bukan sekadar umat yang ada saat baginda saw hidup, bahkan kerinduan baginda saw terhadap umat yang beriman dengan baginda saw walaupun saat itu, umat yang beriman itu tidak pernah melihat wajah Rasulullah saw. Rindu Rasulullah saw pada kita. 

Walaupun, jasad Rasulullah saw tertanam ribuan tahun lamanya, namun hartanya masih dapat kita rasai nikmatnya. Apakah dia, sunnah Rasulullah saw yang telah diusahakan oleh golongan2 ulama silam sehabis juhud mereka dalam berbakti dalam memastikan sunnah Rasulullah saw dikumpulkan, disaring dan ditapis kedudukan hukumnya sehinggalah dibukukan dengan indah. Sehingga hasil2 juhud ulama silam sampai di tangan2 kita..Semoga Allah merahmati mereka..Amin.

Saya mengajak teman2 fillah, sama2lah kita berusaha mengenali, ,mempelajari dan berkongsi ilmu berkaitan hadith sesama saudara seaqidah..untuk menambahkan lagi kecintaan kita pada Allah SWT, Rasulullah saw,dan kefahaman tentang ajaran Islam sendiri. Mudah2an Allah SWT terima sebagai sebaik2 amal.amin Insyallah.

—————————————————————————————————–

SEJARAH PEMBUKUAN HADITH

1) Zaman Rasulullah saw dan para sahabat ra

Pada peringkat ini, Rasulullah saw tidak menggalakkan para sahabat  menulis hadith kerana dibimbangi akan bercampur aduk dengan ayat2 Al-Quran. Rasulullah saw ingin mengutamakan ayat2 suci Al-Quran supaya dipelajari dikalangan para sahabat. Namun, terdapat sebahagian para sahabat yang memiliki daya kekuatan intelektual dan penghafazan yang kuat membuat catatan peribadi berkenaan hadith2 yang pernah diterima.

2)Pengumpulan catatan2 peribadi dari para sahabat ra.

Akan disambung….Insyallah

P/S: Ke arah membina generasi CELIK HADITH

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: