Indahnya Sebuah Ukhuwwah

Autumn Leaves

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk hidup saat ini…Mudah2an saat ini, yang dikurniakan menambahkan lagi amal sehari…Moga juga sentiasa dipimpin oleh Allah untuk tetap dalam Hidayah Allah yang amat mahal harganya…amin..

Bila kita muhasabah diri kembali, mari sama2 kita berfikir sejenak..

Dari mana kita datang?

Kenapa kita diciptakan?

Dan kemana kita kan kembali selepas mati?

Hidup ini penuh dengan tipu daya dan godaan…Godaannya ditambah2 lagi dengan bisikan2 syaitan dan kejahatan nafsu kita…Itulah manusia yang Allah ciptakan di dunia untuk diuji…Siapakah yang berjaya menjalani ujian2Nya, bahagia di Akhirnya…Siapa yang gagal…semakin jauhlah dia dari hikmah sebuah ujian…Na’uzubillah minzalik…

Manusia…kita secara fitrahnya diciptakan oleh yang Maha Pencipta ,menyukai kebaikan…Semua orang suka diperlakukan dengan baik…kan? Bila sebaliknya, apakah kita bahagia…Dan selalu juga manusia cuma mengharapkan kebaikan orang lain padanya, sedangkan kebaikan darinya…?? Lumrah manusia..

Alangkah indahnya, jika kebaikan itu kita mulakan dari kita..walaupun mungkin kebaikan itu dibalas dengan tohmahan..keburukan dan apa sahaja yang menyakitkan..

Cuba kita renung kembali qudwah hasanah kita, role model kita..Rasulullah saw yang selalunya membalas kejahatan dengan kebaikan..Masyallah..indahnya akhlak baginda saw…

Sebagaimana contoh..ketika mana Rasulullah saw melakukan dakwah pada penduduk di Thoif, baginda saw menyeru untuk mentaati Allah, tapi sebaliknya Rasulullah saw dibaling dengan batu2 sehingga mengalirkan darah…Bumi thoif tumpah dengan darah Rasulullah saw…

Tapi apa akhlak yang Rasulullah saw tunjukkan..? baginda saw bukannya mengadu pada Allah supaya menjahanamkan penduduk Thoif..akan tetapi Rasulullah saw mendoakan agar keturunan2 yang akan lahir beriman dengan Allah…Akhirnya, doa Rasulullah saw didengar Allah…Masyallah, indah sungguh akhlak Rasulullalh saw…

Bagaimana jika kita yang kena hina, ditohmah..? Sedangkan perkara yang kita bawa adalah sebuah kebaikan..Disinilah akhlak yang perlu kita ikuti..Balaslah kejahatan yang dicampakkan dengan kebaikan..

Memang, kita bukan Rasulullah saw, tapi tak mustahil untuk kita berusaha mengikuti akhlak2 yang ditunjukkan..Sebab itulah, kita diutuskan dengan seorang rasul..untuk pimpin kita…

Dalam melakukan kebaikan , kita sangat2 perlukan teman2 yang dapat membantu kita ke arah itu..Secara fitrahnya, kita takkan mampu untuk hidup sendirian ..kita perlukan teman2..Tetapi teman2 di zaman ini, terlalu banyak ragam dan adabnya…

Ada teman2 yang berukhuwwah hanya kerana rupa paras..

Ada yang berukhuwwah kerana kekayaannya, masyhurnya..boleh tumpang sekaki

Ada  yang berukhuwwah kerana bila dia rasa dia nak teman..lalu dia cari..

Macam2 niat manusia dalam berukhuwwah..namun, apakah dizaman ini, kita mampu memiliki teman2 yang hati2 mereka bersatu kerana CINTA KEPADA YANG SATU..CINTA ILAHI…Cinta disini, bukanlah seperti  cinta ana enti..atau ana enta…yang tiada ikatan yang sah di Pandangan Allah..

Bagaimana kita tegar sekali, mengaku hidup kita, solat kita, ibadat kita dan mati kita hanya kerana Allah…sedangkan masih ada cinta di hati kita yang menduakanNYA…

Kita telah ditipudayakan oleh iblis dan syaitan laknatullah…Ya Robbana…pimpinkanlah diri kami ke jalan yang Engkau Redhai..Ampunkanlah kesalahan2 kami padaMU YA ALLAH..TEMUNYA kami hanya semata2 inginkan keredhaanMU..amin

Teman2 yang kucintai kerana Allah…

aku bukanlah teman yang terbaik..

aku bukanlah sebaik malaikat…

malah aku sangat2 perlukan dirimu teman untuk melengkapkan diriku yang penuh kelemahan dan mazmumah yang melingkari diriku..

dirimu teman adalah cerminan buat diriku…

dirimu umpama anugerah yang Allah kurniakan buat diriku dalam aku mencari sebuah mardhatillah..

Tak mungkin, aku mampu kuat dan istiqamah dalam kebaikan melainkan aku bertuah kerana memiliki dirimu teman..

Aaaahh ..indahnya sebuah ukhuwwah itu bila kerana Allah kita bertemu..kerana Allah..kita melakukan ketaatan..kerana Allah kita berkumpul..kerana Allah kita saling cinta-mencintai..semuanya segala kerana Allah..Indahnyam ukhuwwah ini bila semua kerana Allah semata2..

Temanku fillah..

aku akui aku punya kelemahan dan rantai2 dunia yang ada pada diri ini, bantu aku rungkaikan ia dengan kalam2 mu yang membina…

aku akui..aku punya kekhilafan dan kesalahan..maafkan daku…

aku lafazkan bahawa aku bukan malaikat..aku cuma hamba yang baru belajar erti berTUHAN..

……………………………………………………

P/S: Terima kasih teman kerana dirimu adalah temanku fillah…uhibbukunna fillah

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: