Sekilas Pandang

3455712579_457cc12c27_m

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah kurniakan buat diri ini ..Saat ini, masih bernyawa untuk terus melakukan pengislahan diri..Terlalu lama, penulis menyepikan diri lantaran pelbagai tanggungjawab yang perlu diselesaikan..Maaf kerana kelemahan diri dalam menguruskan teratak pena..

Masa yang berlalu 2 bulan ini,  telah menjadi lipatan sejarah, yang tak mungkin boleh diputarkan kembali…Hari ini, merupakan sejarah yang akan terlukis pada masa mendatang…jika baik hari ini, sejarah yang terlukis pasti seindah pelangi..jika sebaliknya…mudah2an kita kembali menghisab diri..selagi nyawa masih ada…

Alhamdulillah atas segalanya..

Post kali ini, penulis ingin berkongsi sebuah kenangan yang sangat memberi kesan kepada hati penulis..kisah ini telah menjadi sejarah,  sejarah yang penulis rasakan memberi sebuah kekaguman dan tersentuh kerana akhlak tersebut yang masih dipratikkan oleh golongan umat ini..

Begini kisahnya….

Saat penulis selesai menziarahi adik2 yang telah lama penulis tidak ketemui,lantaran masing2 berdepan dengan exam, penulis menaiki sebuah van untuk pulang ke rumah…Rindu rasanya melihat laut di Iskandariah…

Akhirnya, van yang penulis naiki masuk ke kawasan jalanraya di tengah2 Iskandariah..penulis agak keletihan saat itu..angin pantai…lama tak merasainya..

Sedang asyik melihat laut…van tersebut memasuki ke kawasan bandar…Jalan yang dilalui agak berbukit-bukit…Van tersebut berhenti untuk mengambil penumpang…Tiba2 van berhenti…Mulanya penulis agak gayat kerana van tersebut betul2 berhenti ditengah2 puncak jalan raya yang agak menguji kegayatan penulis..Terlintas dalam kepala penulis cekapnya pemandu ni…

Sekilas pandang, penulis terhenti pandangan pada gelagat seorang anak muda  dengan ayahnya…Anak muda tersebut mengusap kepala ayahnya berulang2 kali..Masyallah…indahnya akhlak yang ditunjukkan yang jarang2 penulis lihat dikalangan muda-mudi kini..Bayangan Rasulullah saw mula menjelma dalam kotak fikiran penulis..Indahnya akhlak itu…Indahnya Islam yang menjelma dalam perilaku anak muda itu pada ayahnya yang mula dipenuhi uban dikepalanya…

Ahhh takkan  terbalas jasa orang tua jika seisi dunia menjadi pertukaran…

Kemdian, anak muda itu hanya menatap wajah ayahandanya, lalu mengucup kepala ayahnya berulang2 kali…Seperti anak kecil yang disayangi ayah..begitulah perilaku si anak tadi pada ayahnya…Hati penulis tersentuh dengan adabnya pada ayahnya…

Sejarah para rasul mula berputar2 dalam kepala penulis…Teringat penulis bagaimana adabnya Nabi Ibrahim as terhadap ayahnya yang merupakan pembuat berhala….bagaimana adabnya Nabi Ismail as terhadap ayahnya Nabi Ibrahim as..bagaimana adabnya Rasulullah saw terhadap ayah saudaranya yang menjaga baginda saw setelah Rasulullah saw kehilangan ayahbonda dan datuk…

Penulis rasakan , Rasulullah saw  ‘hidup’ melalui sunnah2 yang masih dilakukan oleh sebahagian umat Islam……

Indahnya Islam….indahnya akhlak yang diajar….segalanya indah menarik hati manusia yang memandang…

P/S : Moga kita sama2 berusaha mempratikkan Islam seluruhya….menjadi anak yang solehah dan muslehah..amin insyallah

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: