Balik Kampung…!

vplants10_prev_t2

Bismillahirrohmanirrohim..Alhamdulillah..atas segala nikmat dan keadaan yang telah Allah kurniakan buat diriku di musim imtihan akhir ini…

Saat ni, detik pena ni mula melakarkan bicara, aku baru sahaja selesai menjalani imtihan bagi subjek yang ke-5,  masih berbaki 2 subjek..Doakan diriku ini berjaya dalam pelajaran, urusan agama, dunia dan akhirat..

Teringat saat aku mengulangkaji madah ke-5 pagi tadi, TAKHRIJ HADITH DAN PERBAHASANNYA..aku berhenti seketika untuk mencari halwa telinga…

Aku ligat memilih nasyid2 yang tertera dalam handphone ku..mula2 aku mendengar lagu , we will not go down..mengisahkan tentang semangat saudara2 kita di bumi Palestin, walau rumah, sekolah dan hospital dibom dan diserang, tapi yahudi dan sekutunya tidak mampu untuk menyerang spirit ataupun semangat yang membara dalam diri tiap rakyat Palestin yang berjuang mempertahankan tanah suci itu…setelah menghadam nasihat2 dan harapan yang terlakar dalam lagu itu, aku teringin nak dengar lagu balik kampung…

Balik kampung
Ooo… balik kampung
Ooo… balik kampung
Hati girang

Ooo.. Balik kampung
Ooo… balik kampung
Ooo… balik kampung
Hati girang

Perjalanan jauh tak kurasa

Kerna hatiku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung, ladang, dan rimba
Langit yang tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagai/kan turut gembira

Balik kampung
Ooo… balik kampung
Ooo… balik kampung
Hati girang

Ooo… Balik kampung
Ooo… balik kampung
Ooo… balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah – wajah yang kusayang
Satu – satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu dihati
Menyambut kepulangan kunanti

Semua orang sangat2 mengenali lagu itu kan??..:)..tambah2 bila dah duduk diperantauan..lagi2lah hati menggamit perasaan rindu..fitrah manusia rindukan sanak saudaranya..

Dalam aku mendengar bait demi bait lirik yang berkemundang…aqalku ligat memikirkan lagu balik kampung tersebut dengan mengaitkannya dengan KAMPUNG YANG LEBIH ABADI ..AKHIRAT…

Jika kita semua punya semangat dan perasaan yang gembira tatkala mengetahui ‘perjalanan kita di dunia ini pastikan berakhir dengan kembalinya kita kepada YANG ABADI..ZAT YANG MAHA KEKAL…dugaan dan cabaran hidup pasti terasa ringan kerana kita meyakini, bahawa ianya pasti berakhir..Sebab itu saudara2 kita dibumi Palestin tetap bersemangat, kuat dan istiqamah dalam perjuangan mempertahankan tanah suci itu kerana mereka meyakini pada janji2 ALLAH…lemahnya diriku berbanding mereka…diriku masih punya rantai2 dunia yang mendiaminya..Ya Allah letakanlah dunia ditanganku..jangan letak ia di hatiku…bantu dan bimbinglah aku dalam melawan nafsu ku agar ia menjadi baik dan sentiasa menyukai kebaikan..amin..

Saat lagu itu berputar, aqalku turut berputar memikirkan perjalanan balik kampung ..AKHIRAT..dengan semangat dan gembira kerana tidak sabar ingin menatap wajah2 yang kita kasihi dan rindui..mereka turut menantikan kehadiran kita..aku mula memikirkan siapa yang menanti diri ini di kampung ABADI itu ??…sudah tentu yang utama dan terutama..Allah Robbul ‘Alamin, wajah yang amat2 dirindui bagi jiwa2 yang beriman…Rasulullah saw…para sahabat yang harum namanya …serikandi2 terbilang yang mencatatkan sejarah yang gemilang baik dibumi mahupun dilangit…wajah para syuhada palestin mula berputar2 silih berganti..terbayang wajah sheikh Ahmad Yassin..senyum kemenangan kerana pulang ke kampung ‘itu’ dengan ceria dan bahagia…

aku…..? bagaimana kesudahan hidupku di dunia yang fana ini..OOO Allah, tetapkanlah aku dalam bimbinganMu…matikan aku dalam penghabisan yang baik yang mana ENGKAU REDHAI diriku dan aku meredhaiMU…Jangan Kau biarkan aku setelah Engkau berikan aku HidayahMU Allah…

Engkau tentukan nasibku Ya Allah…jangan Engkau biarkan aku menentukan nasibku walaupun sesaat…

jadikan aku seperti lirik ini..

oooo balik kampung…

ooo balik kampung…

hati girang…

perjalanan jauh tak kurasa…

kerna hatiku melonjak sama…

ingin berjumpa sanak saudara seaqidah…

yang selalu bermain di mata..

nun menghijau taman2 syurga…

deru angin turut sama berlagu…

air2 sungai mengalir tenangnya…

ditelaga KAUTHAR saat indah kan bertamu…

terbayang wajah2 yang kusayang…

satu-satu tersemat diqalbu…

pasti terubat rindu di hati..

menyambut kepulanganku nanti…

 

P/S: bersiap untuk bawa bekalan balik ‘KAMPUNG AKHIRAT’ yang kekal abadi..

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

12 Responses to Balik Kampung…!

  1. fida Yo berkata:

    salam.k.yang~!
    windu sama k.yang~
    huuuuuuuuuuuu

    • hiduplebihbererti berkata:

      salam kembali adik akak, fida..:)…terharunya ade orang rindu kat akak..hehehe…i miss u so my dear…thanks 4 miss me..uhibbuki fillah..nanti kakyang g umah ek….nak g umah nanti..kita buat pai …ok tak? love u n uhibbuki fillah ya ukhti

    • hiduplebihbererti berkata:

      assalamualaikum 4 kauthar, anisah n fida..miss u all my so much…syukran kauthar..error spelling..hehe..to along..miss u much dear..nanti kakyang g umah k…maaf sangat2 lama tak menziarahi teratak pena ni..bersawang dah…doakan kakyang …exam yang terhabis baik 4 Allah, risalah n ummah….fihifzillah

  2. nad berkata:

    kak balqis yea?

    syukran..’alakulliyhal blog ana dah berpindah ke site baru

    http://nadhirah-ar.blogspot.com

    • hiduplebihbererti berkata:

      iye nad..akak…ok nanti akak link ke blog akak…jazakillah sebab singgah teratak pena akak ni…miss u sis..:)

  3. ANISAH ALI berkata:

    Salam, kak yang… lama tak ziarah blog kak yang… macam sebak pula baca entry ni tatau kenapa. Bercampur perasaan. Palestine! Kampung halaman! KAK YANG LAGIII!!! hehehehe…

    Bilalah agaknye kita nak jumpa yea… rindu sgt sgt!

  4. ummuasad berkata:

    awbt..
    k.bal..silap eja nama kauthar lah…hehe,nway satu pringatan yang sgt baik,,trutamanye bg mrk2 yg tak balik n rindukan kampung dunia (hehe,mesia lah)..Ada kampung yg lebih kekal dan menjanjikan bahagia

  5. hiduplebihbererti berkata:

    mudah2an Alla kuat dan tetapkan langkah2 kita di atas jalan ini…jalan menuju MARDHATILLAH…ampunkanlah dosa2 kami Ya Allah, rahmatilah kami dan pimpinlah kami dalam melakukan ketaatan kepadaMU…redhailah kami …amin…amin..amin

  6. Nurul Nazihah berkata:

    salam kak bal , lama x jumpa…doakan jojie kuat nak balik kampng dunia di Mesia~~

    • hiduplebihbererti berkata:

      alaikissalamwbt jojie..a ah kan…lama sangat2 kita tak jumpe…rindu sangat kat akhwat medik alex…huuuu..allahumma yuqawwiki ya ukhti…mohon doanya juga buat akak supaya thabat…balik nanti…ingat2lah kami diperantauan..huuuu

    • hiduplebihbererti berkata:

      alaikumsalamwbt jojie..lama sangat2 kan kita tak jumpa..rindu sangat pada jojie n akhawat medik alex…allahumma yuqawwiki ya habibti..doakan akak juga dan ukhti2 yang berbaki di bumi mesir ni..jangan lupa doakan ukhuwwah kita dalam doa robithahmu ukhti..take care..fihifzillah…:)

  7. junainah berkata:

    salam acik..umi baca blog acik..terasa kerdil jiwa dan hati ini..Hanya PadaMu ALLAH..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: