Bicara Hati di musim Imtihan

 1286063308_e560fc85a1

Bismillahirrohmanirrohim..

Emm..lagi hampir musim imtihan..terasa kerap diri ni di teratak pena…seribu satu kenangan terimbau walau usia yang Allah kurniakan buatku di ardhun kinanah ini cuma 2 tahun..biiznillah..segalanya dalam RAHSIANYA..aku? cuma mampu berusaha..

Entah kenapa bile sebut imtihan..hati semakin dibuai rindu pada teman2 mesriyaat..(teman2 sekuliah yang berbangsa arab mesir)..Rindu pada untaian2 hikmah dari tenaga pengajarku di kuliah azhar silih berganti..

Rindu bertandang lagi..adakah, aku masih berpeluang memijakkan kaki di bumi mesir ni satu ketika nanti?? Allah Maha Mengetahui..aku berserah..

Teringat saat permulaan kuliah di tahun 3, hampir 2 tahun yang lalu, di dalam satu muhadharah (kuliah) bagi madah (subjek) manahij mufassirin yang diajar oleh doktor Ismail Abu Syatrah..

kalamnya yang bermaksud..: (( Teman2 Arab Mesir, kalian perlu membantu saudara2 kamu dari Malaysia..mereka ibarat kaum muhajirin manakala kamu ibarat kaum ansor..mereka sanggup berhijarah jauh, jauh dari ibu dan ayah dan keluarga semata2 untuk mencari ilmu agama..Bantu mereka untuk memahami bahasa arab dan agama..Tanyalah mereka apa yang tidak difahami di dalam kuliah))

Kelas begitu senyap menekuni kalam bicara doktor..Hatiku tak tertahan terharu dan sebak kerana punya ikatan ukhuwwah sebegini..walau berbeza bangsa, adat dan bahasa..kerana aqidah yang satu, benteng2 itu diruntuhkan..Oh Allah..aku bersyukur atas nikmat iman dan islam..atas nikmat hidayah dan persaudaraan semata2 atas agamaMU..Tetapkanlah kami dijalan ini selama2nya..amin Ya Allah…

Air mataku tak mampu kutahan..Lajunya ia keluar, tertahan hatiku menanggung sebak..terharu..di kotak fikiranku, terbayang2 Rasulullah saw..akhlak yang baginda saw tinggalkan terbias di dalam peribadi2 yang kutemui..

Entah kenapa setiap kali dalam kuliah doktor Ismail, pasti aku akan menangis,lantaran kalam bicaranya yang sentiasa ingatkan kami jiwa2 muda supaya tidak lokek untuk menyebut nama rasulullah saw..

Ya Rasulullah saw..Ya Rasulullah saw..aku..aku..melihat dirimu di dalam kalam2 yang pernah Engkau ajarkan pada kami Ya Rasulullah..aku melihat di dalam akhlak2 manusia yang terbias lantaran dari sunnahmu..aku…aku…aku..amat merinduimu….aku merinduimu Ya Rasulullah saw…rindu yang teramat..

Tiap kali, langkahku ayun melihat gelagat bangsa arab..banyak yang ku pelajari..aku benar2 jatuh hati pada akhlakmu itu Ya Rasulullah saw..aku benar2 jatuh hati kerana lemah lembutmu duhai kekasih Allah..Akhlakmu itu Ya Rasulullah saw… terbias pada peribadi2 itu..aku jatuh cinta…

Betapa bersihnya wajah2 itu..betapa lembutnya bicara2 itu..betapa hampir pecah hatiku lantaran mendengar dan memerhatikan akhlah2 indahmu yang terbias pada mereka yang memiliki dan mengamalkannya…

Jika, diturutkan hati, ingin ku menangis..menangis..menangis..lantaran hatiku yang tertanggung..aaaahhhhh…tak tertanggung rasanya…rasa hatiku..hanya Allah Yang Maha Tahu…

Begitu banyak kekhilafan dan kelalaian dalam diriku..terkadang aku menangis lantaran mengingati dirimu Ya Rasulullah saw…terkadang aku terlupa dibuai nikmat dunia..zalimnya aku….zalimnya aku pada diriku..Ampunkan aku Ya Allah..ampunkan aku Ya Rasulullah saw..ampunkan kekhilafanku…

Langkah demi langkah ku atur dibumi penuh sejarah ini…walau ianya berdebu, namun terlalu banyak mutiara2 yang tersembunyi..terlalu banyak…tak terbayang tiba saatnya aku akan meninggalkan bumi ini satu hari nanti dan segala isinya yang banyak mengajar aku erti memperbaiki diri dan belajar untuk memberi..

……….Tiada yang mampu kutulis lantaran…hati…………………..?

P/S: Layar Keinsafan

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: