Afin..Aku Rindu Padamu Sahabat

13

Bismillahirrohmanirrohim

Alhamdulillah…Oh Allah..Hambamu ini kembali bermuhasabah diri..menghitung diri yang terlalu banyak melakukan kesalahan dan kelalaian…Betapa sedikitnya amalku padaMU dalam melakukan ketaatan…Ampunkanlah aku Ya Allah..

Kini usiaku telah melangkah ke angka 25 tahun sebulan, 21 hari..Masyallah nikmat usia yang masih kurniakan padaku walaupun terkadang aku leka dan lalai terhadapMU…Ya Allah …betapa bertuanhya aku bertuhankan DIRIMU ALLAH…Tiada yang indah melainkan kemaafan dariMU Tuhanku…

Detik ini, fitrah hatiku merindui sahabat lamaku..Engkau lebih mengenalinya dari diriku…Namun aku bersyukur kerana Engkau meminjamkan aku walaupun sekejap cuma…aku merinduinya Ya Allah..sangat2 merinduinya..gelak tawanya, tangisannya..bimbingannya..Ya Allah, aku pohon padaMU…Tempatkanlah dirinya didalam RahmatMU..Tika waktu yang Engkau janjikan..temukan kami bersama Rasulullah saw..amin Ya Allah amin Ya Rohman amin Ya Rohim..

……………………………………………………………………………

SEBUAH KENANGAN

SYAFINA…dialah temanku sewaktu zaman hingusan lagi.Dari alam tadika membawa kepada alam remaja…

Ukhuwah yang terjalin bersama berlalunya masa usia kami, mematangkan sebuah persahabatan…Emmm, Afin..itulah nama manjanya dibibirku…Aku?

“Bal…Bal…jom g kantin …kita makan laksa..!” panggilannya…

” Laksa?..Taknaklah Afin..Bal tak sukalah..Pelik le rupe die..” kepalaku terbayang2..

” Jomlah…Bal makan macam biasa k..Afin nak makan laksa” Begitulah sikapnya yang memahamiku.

Dialog ini ketika kami di tahun 6..5 tahun kami tak bertemu lantaran sekolah yang berbeza..Izin Allah, segalanya dalam ILMUNYA..kami bertemu kembali di sekolah rendah itu..Menghubungkan kembali kemesraan yang telah lama terputus..Terima kasih Ya Allah atas PERHATIANMU.

“E h, Afin, kenape ade kuah laksa dalam bihun goreng ni.? Alaaa..taknak kuah laksa..”Rayuku..

“Cubalah rasa..sedap tau bal..Cubalah dulu k” Aku akur..” Sedap jugak ek, bihun goreng campur kuah laksa..emm..menarik” Komenku

” Ha ..tulah, kan Afin dah cakap..laksa sedap…” Kami sama2 ketawa riang di bukit kecil bersebelahan kantin. Mengisi perut sambil melihat gelagat adik2 persekolahan sebelah petang. Kami sedang menunggu kelas tambahan sekolah selepas Zohor nanti..

…………………………………………………

“Afin!!! Tolong!!” Jeritku sambil berlari laju menyelamatkan diri dari dua orang budak lelaki yang sekelas denganku. Mereka merupakan ‘pelajar lembut’ di sekolah baruku. Aku merupakan pelajar baru. Kes bulilah ni..

Aku ni fobia kalau sekolah baru.Menggerunkan.Dulu disekolah lama, ada abang, ada adik lelaki boleh jaga aku. Sekolah baru ni, takde..Afin jelah .

Sekali bila Afin nampak aku kena kejar, dia kejar balik budak2 lelaki tu.. Kelam kabut lari..Afin merupakan wakil sekolah dalam catur dan bola jaring. Memang seorang teman yang baik.

” Bal, ok ke?” soal Afin.

” Takutlah Bal kat sekolah ni, nasib Afin ade..Budak2 tu selalu usik Bal kat kelas mase Afin tak perasan. Bal tak tahanlah sikap mereka yang beradab dengan pelajar baru macam Bal. Bal sedar, Bal budak baru kat sini. Senang2 je diorang nak usik orang.” Rungutku.

“Takpe2..nanti Afin ‘sound diorang” , janjinya padaku..

…………………………………………………………………………

Alhamdulillah, aku tak diganggu lagi..Terima kasih teman atas bantuan dan bimbinganmu..Kami berdua selalu bersaing di dalam kelas..Kadang2 didalam ujian tahunan, dia dapat no.2 aku no.3..Kadang2, aku dapat no.2, dia no.3. Hakikatnya, Afin lebih mantap, pandai main catur ,wakil sekolah lagi.

…………………………………………………..

Begitulah setiap pertemuan , pasti ada perpisahan. Kami berpisah lantaran berbezanya impian. Aku lebih selesa bersekolah agama, Afin pula bersekolah asrama penuh. Impiannya tertunai, aku? Terus ke sekolah harian biasa , sekolah perempuan. Hubungan kami kian jauh lantaran berbeza sekolah dan jarak. Masing2 sibuk dengan urusan masing2. Jumpa pun bila raya. Masa mengubah kami menjadi manusia yang lebih bersabar dengan setiap yang telah disusun dari PENCIPTA.

Kami bertemu semula saat, abang dan kakaknya bernikah serentak. Ceria bukan main lagi kami. Bergelak, mengusik, berbincang soal masa depan kami, impian kami..Takkan kulupakan tawamu Afin. Tetap tak berubah, macam2 kecik2 dulu2. Sikapnya yang ceria melengkap aku yang jenis skema dan serius. Kata orang keliling la.Aku pun tak tahu. Aku rasa aku ni kaki ngusik jugak.Mungkin tak jadi kot.

Banyak benda yang kami sembang. Cover berapa tahun punya. hampir 5 tahun tak jumpa. Bayangkan!!? Banyak sangat.

………………………………………………………………

Aku mengetahui dari emakku, Afin berada di UPM. Aku tetap dengan impianku. Bidang agama. Aku mendalaminya di Kolej Islam Darul Ridzuan.

Tahun ke-2 ku di KIDR, di dalam kursus Pra Diploma Pengajian Islam, emak memberitahuku, Afin masuk hospital, demam denggi. Tika itu , aku dalam tempoh study week. Aku pergi bersama dengan teman2 sekolej. Ramai, rakan2nya dari UPM turun menziarahinya. Kulihat wajah dan tawanya tetap seperti dulu. Tak pernah berubah.A fin tetap Afin, pelengkapku.

” Eh! Bal…Ya Allah, Bal dah alim sekarang, dengan tudung labuh. Ustazah Balqis dah ni.” ujarnya tersenyum.

” Mane adelah Afin. Bal baru belajar tau.” ujarku.

Kulihat kakinya dari bawah mengembung. Sedih tak terungkap. Teman zaman kecilku terbaring di katil, namun wajahnya yang ceria menutup penderitaannya.

Rupa2nya Afin terjatuh di tandas Hospital Kuala Kangsar ketika ditahan kerana saspek demam denggi. Akibat jatuh itu, buah pinggang Afin terkesan ,lalu dibawa ke hospital besar Ipoh.

Lalu kami bertukar no.phone. Maklumlah, kami dah ada handphone.

Afin hanya mempunyai long memory term. Jadi, dia hanya mengingat zaman2 kecilnya. Short memory termnya rosak , kesan hentakkan terjatuh. SYAFAHALLAHU WA ‘AFAHALLAH..

……………………………………………………………………………….

Di dalam fatrah, aku imtihan akhir, emak menelefonku memaklukan, SYAFINA BINTI OSMAN telah meninggal..

Afin!!!……….

Aku menjadi seorang yang lebih pendiam dan banyak termenung…Aku tersentak dengan peringatan Allah ini. Allah mengambil teman kanak2 ku diusia kami baru 20 tahun..Ya Allah, Maha Kuasanya DIRIMU. Ajal maut tak terjangkau di minda manusia. Semuanya menjadi RAHSIAMU…

Aku menjadi takut dengan amalanku yang banyak kekurangan..banyaknya dosaku…Andai aku ditempat Afin, bagaimanalah aku??

Aaaah…Afin bertuah ,perginya,pulangnya dengan usia yang muda…

Aku??? Sudah 25 tahun sebulan 21 hari aku hidup menumpang di bumiNYA yang sementara menanti sebuah perkampungan yang ABADI..

Allah..lemahnya aku ..Jangan tinggalkan aku Ya Allah.

Engkau tentukanlah nasibku Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku menentukan nasibku walaupun sesaat…aku takut KAU TINGGALKAN aku..Jangan tinggalkan aku sendirian..aku lemah dan tidak berdaya tanpaMU…

Ku mohon padaMU ..ku pohon sangat2..Jagalah teman kecilku …AFIN,,SYAFINA OSMAN…Jagalah dirinya dengan RAHMATMU..Tiada yang Maha Penyayang melebihi DIRIMU..

………………………………………

Muhasabah Cinta
Album :
Munsyid : EdCoustic
http://liriknasyid.com

 

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

P/S: Al-Fatihah buat semua yang kita kasihi yang pulang dan tidakkan kembali. Ayuh! Berubah sebelum terlambat. Moga taubat kita diterima ALLAH..AMIN..

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

4 Responses to Afin..Aku Rindu Padamu Sahabat

  1. fiena says:

    salam…kaifa haluki..ya ukhti
    harap sentiasa dibawah rahmat Allah selalu.
    Just nak comfirm…ini saudari Balqis sahabat fiena dari kidr ipoh ke????kite sama2 belajar usuluddin dulu bersama azrin…..ayu….tahniahhhhhhh

    • hiduplebihbererti says:

      alaikissalam warahmatullah…alhamdulillah tamam..fiena..mestilah ingat..sahabat lama..alfun mabruk..dengar khabar dah walimah…tahniah9…fiena doakan balqis kat sini,azrin,kak izah,munirah, su n ramai lagi sahabat2 kita kat bumi mesir ni..jaga diri…terima kasih atas ziarahnya ke teratak pena balqis ni..:)

  2. nur fatin says:

    sangat tersentuh..sedih sgt..moga dirinya ditempatkan di kalangan para solihin.

Tinggalkan Jawapan kepada hiduplebihbererti Batal balasan