Saya Bangga Sebagai MUSLIM…

28540057538117l

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh buat para pembaca yang dihormati,

Alhamdulillah , kita baru  sahaja diingati dengan sambutan Maulidurrasul baru2 ini. Apakah perasaan yang kita rasai tatkala hari ulangtahun kelahiran Rasulullah saw diraikan? Bagaimanakah kita meraikannya? Setiap muslim memiliki pelbagai cara dan rasa untuk meluahkan rasa cinta terhadap utusan agung yang nikmat Islam sampai di ‘tangan-tangan’ kita sama ada kerana ISLAM nya kita kerana ibu ,ayah, atuk, opah,mak saudara, bapa saudara lahir dalam keadaan Muslim. Buktinya, nama-nama yang tertera bercirikan ISLAM..Ada juga yang mengenali ISLAM melalui pencariannya bertahun-tahun lamanya.  Perjalanan hidupnya yang dahulunya berlainan agama, kini ISLAM sebagai pilihannya. Pelbagai cara muslim mendapat HIDAYAH ALLAH baik kerana keluarganya ataupun pencariannya. Kita bagaimana?

Fenomena yang berlaku di dalam masyarakat kita khususnya bangsa melayu, sedikit sebanyak memberi impak kepada agama kita. Bila kita sebut MELAYU, dia mesti ISLAM. Bila ISLAM mesti MELAYU…Alhamdulillah, kita sebagai bangsa MELAYU dikurniakan ISLAM sebagai cara  hidup atau sebagai bimbingan dalam menjalani kehidupan dunia ini yang penuh dengan ujian,godaan dan banyak lagi sama ada nampak mahupun yang tersembunyi.

Bila kita sebagai bangsa Melayu melakukan akhlak mulia hasil kefahaman ISLAM yang jelas , ISLAM yang berada di’tangan-tangan’ kita turut menarik perhatian bangsa lain. Tapi, jika sebaliknya, ISLAM terfitnah lantaran kelemahan dan kekurangan diri kita. Siapa yang bersalah sebenarnya?  Mengapa ianya berlaku?

Ada yang mengatakan bahawa:

1) “Saya tidak salah, mak ayah saya yang bersalah…Mak ayah saya tak didik saya, mak ayah saya pun tak beramal dengan ISLAM, Sebab itu saya jadi macam ni..!? Jangan salahkan saya”.

2)”Ini semua kerana suasana, saya menjadi mangsa suasana. Alang-alang saya dah terjerumus, biarlah sampai ke pangkal lengan” . Saya tak boleh buat apa2 dah..Saya dah terlalu jauh…jauh…Saya tak boleh berubah…saya jahat..”

3) “Ala releks lah, sayakan muda lagi, masa inilah saya nak rasa nikmat dunia, tua nanti saya bertaubatlah”.

4) ” Saya malulah  nak berubah baik, nanti orang kata saya ni pura-puralah, alimlah,tunjuk baiklah. S aya malu..malu semalu-malunya.Saya malulah orang kata saya baik”.

5) ” Ala..tak payahlah sibuk hal orang, jaga jelah hal awak. Kuburkan lain2″

INILAH antara suara2 yang lahir dari orang2 muslim…Dimana silapnya?? Siapa yang perlu dipersalahkan?

broken-heart

Baiklah, kita tidak nafikan  banyak faktor2 yang menyumbang kepada ketidakjelasan terhadap agama ISLAM itu sendiri. SEGALA faktor2 ini dapat kita sama-sama atasi jika kita mula melakukan perubahan dari diri kita sendiri walaupun apa jua keadaan kita tatkala ini.

JIKA, berada dalam keadaan yang kurang baik, kita berusaha ke arah yang baik.

JIKA, berada dalam keadaan baik, kita berusaha ke arah yang lebih baik dan tetap dalam kebaikan.

JIKA, berubah kepada kebaikan menjadi budaya hidup kita, kita kongsi dengan yang lain.

Janganlah kita hanya menjadi baik buat diri kita tanpa berkongsi nikmat berbuat baik dengan orang-orang sekeliling kita. Orang sekeliling kita pun masih tersimpan di lubuk hati kecilnya untuk berubah jadi baik. Bimbinglah diri kita ke arah kebaikan di dalam masa yang sama kita berkongsi kebaikan dengan yang lainnya. KITA TIDAK RUGI walau sebesar zarah pun …malah kita mendapat ‘saham’ yang banyak kerana perubahan2 baik itu.

Alangkah indahnya, jika kita berkongsi kebaikan itu dengan semua insan khususnya saudara2 seISLAM kita. Tapi parah dan malangnya, jika ,diri kita menjadi penyebab dan mempengaruhi orang keliling untuk berbuat kejahatan. Na’uzubillahi min zalik.

“PERSOALANNYA, macam mana kami nak berubah? “.

Disini ada beberapa panduan yang boleh kita sama2 baca , berusaha memahaminya dan seterusnya tanpa melengahkan masa, kita melakukan perubahan diri.

1) AQIDAH YANG SALIM (SEJAHTERA)

Apa dia aqidah yang  sejahtera? Aqidah kita sekarang bagaimana?

Aqidah yang kita imani itu benar dan sejahtera, tapi yang menjadi tidak benar tidak sejahtera, apabila, hati kita masih bergantung ataupun mengharap ataupun mempercayai kuasa lain selain ALLAH sendiri.

Mari sama2 kita semak hati kita…Contohnya ada yang berjumpa bomoh untuk membuang makhlus halus, mempercepatkan jodoh, nak cepat kaya dan macam2 lagi…Kepada siapa sepatutnya kita bergantung, berharap, meminta bantuan? Bomoh!!? dia manusia biasa.Allah ciptakan dia seperti kita..

Ada yang tidak jelas tentang apa aqidah itu sendiri. LALU, lahirlah golongan2 ini CONTOHNYA takut hantu, takut jin, tak menerima qadhok dan qadar Allah.Macam2…macam2…Banyak sangat masalah yang timbul bila aqidah tak ‘settle’.

KITA BAGAIMANA…?

 

2) IBADAH YANG SOHIHAH ( BETUL)

Ramai yang salah faham akan pengertian ibadah itu sendiri. Mereka memahami ibadah hanyalah solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji…Di luar solat, bulan RAMADHAN, MEKAH, kembali kepada kerosakan. KENAPA ini berlaku? TERSILAP Pemahaman terhadap ibadat sangat bahaya kerana akan lahir golongan yang waktu ibadat2 khusus ini jadi baik seketika dan rasa bertuhan…rasa Allah dekat di hati….bagaimana bila waktu lain…? Allah di mana di hati kita? Rasa bertuhankan ALLAH ada atau tidak ditiap niat kita…pertuturan kita…tingkahlaku kita? Adakah rasa sebagai hamba Allah hadir ditiap waktu?

JADI…kita perlu perbaiki ibadah2 khusus tadi dan menambahbaik pemahaman kita dalam erti ibadah itu sendiri….. Jika bukan kerana Allah, ada ‘something wrong’lah dengan aqidah kita. Sama2lah kita perbaiki. Akan bersambung…

P/S: SAMA-SAMALAH BERUBAH KEPADA KEBAIKAN…

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: