Kenangan terindah di permulaan kuliah fasa dua

1_966148149l_t11

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat para pembaca yang dirahmatillah..

Sudah terlalu lama penulis menyepikan diri daripada meng’up date’ post…lantaran penulis terlalu sibuk dengan urusan2 realiti…Mudah2an post kali ini, merupakan perkongsian buat anda sekalian…Insyallah..

Em…Alhamdulillah fasa imtihan telah pun berlalu sebulan yang lepas…diikuti dengan pameran buku peringkat Mesir..Teman penulis selamat bernikah…alfun mabruk bagi ukht Farhah..dan kini…penulis sibuk denganmembina semangat kuliah sesi kedua bagi tahun ini.

Kali ini, penulis ingin berkongsi satu pengalaman yang julung2 kalinya penulis lihat di Universiti Al-Azhar , cawangan Iskandariah..Peristiwa ini memberi kenangan terindah bagi diri penulis khususnya…

Doktor penulis yang mengajar madah(subjek) Falsafah Islamiyyah, Al-Fadhil Doktor Ibrahim Mahfuz merupakan timbalan ‘amiq kuliah Al-Azhar, cawangan Iskandariah, mengajar kami…Bayangkan , orang kedua tertinggi kuliah turun padang untuk mengajar…Gerun…takut bercampur baur…penulis rasa teruja dan teruji..Maklumat yang penulis ‘survey’ rata2 mengatakan, Doktor Ibrahim Mahfuz sangat syadid dan suka bertanya tentang muhadharah (kelas) yang lalu…Apa lagi penulis terus bertanya pada sahabat2 misriyat( mesir) untuk memastikan maklumat muhadharat lepas. Manalah tahu, terkena ke? sekurang2nya bersedia sebelum ditanya..

Akhirnya tibalah kehadiran Doktor yang pertama kali penulis lihat…Rupa2nya selalu nampak disekeliling kuliah, Doktor rupanya..Penulis diapit oleh sahabat2 misriyat.

Lalu Doktor memulakan dengan muqaddimah yang menenangkan jiwa penulis khususnya dengan kalimah2 toyyibah.

Muhadharah Falsafah Islamiyyah kali ini mengupas tentang tokoh2 falsafah Islam. Kami diperkenalkan tentang tokoh Imam Ghazali..Tatkala mendengar dan melihat penyampaian Doktor, kami menjadi asyik dan dapat menghayati syarahan doktor dengan baik sekali..Alhamdulillah atas nikmat kefahaman…tiba saat doktor menyingkap betapa diawal kehidupan Imam Ghazali dengan taqarrub kepada Allah memohon ‘inayah dan bimbingan dari Allah bagi mencari rawatan untuk umat Islam ketika itu yang mana ilmu2 addin telah bercampur baur dengan ilmu2 luar…Kesungguhan Imam Ghazali menyebabkan Doktor Ibrahim Mahfuz  sebak…Bergenang air mata beliau lantaran hatinya yang terlalu menghayati kesungguhan Imam Ghazali memikirkan masalah ummah ketika zamannya..Masyallah…kami semua terpaku melihat senario indah indah…Doktor menangis..Penulis serta sahabat2 turut merasainya…Kami sama2 mengalirkan air mata.

Kelas menjadi sunyi sepi…Penulis melihat doktor terlalu menahan sebak sehingga beliau berhenti seketika untuk mendapat ketenangan..Beliau berusaha untuk menuturkan kembali syarahannya…tapi terhenti kerana doktor tidak mampu untuk menuturkan bicara…Masyallah…Ya Allah begitu lembutnya hati doktor…begitu mudahnya doktor menangis lantaran penghayatannya …Kurniakanlah kami air mata yang menangis keranaMU WAHAI ALLAH..

KURNIKAN AIR MATA BUAT KAMI YA ALLAH…buat penghapus dosa2 kami yang lalai..kelas ketika itu sunyi ..hanya kelihatan air2 mata yang berguguran lantaran aura yang terbias..

Penulis merasakan indahnya saat itu, menangis bersama2 dengan doktor mengenangkan kesungguhan ulamak2 silam dalam merawat ummah…

Indah..terlalu indah..bila air mata yang mengalir kerana Allah…

Doktor..terima kasih atas nilai air matamu…kami akan berusaha yang terbaik demi risalah ini…

P/S: Kurniakan kami sepasang mata yang selalu menangis keranaMU ALLAH..AMIN.

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: