Kisah rakan kuliah arabku Episod 1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat para pembaca yang dirahmati Allah,

Post kali ini, saya nak berkongsi dengan anda kisah sebenar..kisah harian dipandangan mata kita..yang kadang2 kita mendapat pelajaran hari itu dan menjadi kenangan di masa hadapan..

Pagi tadi, 12hb11 2008, macam biasa, tugas yang dipikul, saya ke kuliah untuk menghadiri proses pembelajaran tafsir…Yang diajar oleh Doktor Tantawi…kelas bermula jam 9pg…tapi saya membiasakan diri masuk ke kuliah awal sebelum Doktor sampai untuk memastikan proses persediaan emosi dan mental..ditambah lagi keadaan kuliah yang akan menjadi sesak jika subjek pada hari itu turut berkongsi dengan qisim (bahagian) lain…

Buat pengetahuan pembaca, Jabatan Usuluddin di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariah yang sedang saya ikuti ini mempunyai 3 bahagian pengkhususan setelah berjaya berada di tahun 3…Pemilihian qisim terbahagi kepada 3 pengkhususan iaitu:

1) Tafsir dan ilmunya

2) Hadith dan ilmunya

3) Aqidah dan falsafah

Saya sekarang dibahagian ke2, iaitu penkhususan hadith..Jadi kelas pada hari ini adalah subjek yang perlu diambil oleh ketiga-tiga bahagian…iaitu tafsir.

Nak jadi cerita, sampai sahaja kelas dalam keadaan termengah2, saya menyalami teman2 arab yang kebiasaannya duduk dihadapan sekali, ini kategori yang memang pandai dan istiqamah ke kuliah..Sampailah seorang teman baik arab saya ni, reaksi dia dengan saya tak semesra alam di kelas sebelumnya. Selalu dia excited nampak saya, tiba pagi ni nampak dia tak bersemangat, saya tertannya2 dalam diri, tapi tak berani nak tanya direct pada dia..takpelah mungkin dia perlukan rakan2 arab dulu…

Budaya yang saya suka dengan arab sikap ukhuwwah yang ditunjukkan, bila temannya bermasalah, mereka akan mendekati teman yang bermasalah untuk memberi kata2 semangat dan nasihat, saya memerhatikan keadaan teman baik saya ini, Hend Musthofa namanya, dia ni memang banyak membantu saya dalam kelas.

Lalu, seorang lagi teman senegara saya memberitahu, ” Hindun menangis tadi, akak nampak” kata kak fikriah, teman sekelas tapi dia dibahagian tafisr, tapi kami bertemu dikelas tafsir. Kakfik memanggilnya hindun, pelik jugak saya, tapi takpelah asalkan dia mudah sebut.

Bila saya tahu Hend menangis, saya cuba2 berani mendekatinya, lalu saya bertanya padanya.

” Leh ya habibti, limaza enti tabkin?” tanya saya..( Kenapa ni wahai yang kukasihi, kenapa kamu menangis? Kebiasaanya arab ni suka panggil ya habibti, tanda kasih…bukan kasih kekasih, tapi kasih seorang teman fillah.

Hend menggelengkan kepalanya seraya berkata “La ,mafish musykilah” (tak. takde masalah). Saya cuba lagi untuk tahu, maklumlah rakan baik susah senang menangis, hati mana yang tak gusar, saya tanya lagi, ” Musykilah fil bait?” ( masalah kat rumah).Dia geleng..”Musykilah qalb”( masalah hati?) Dia geleng lagi. “Enti makhtubah?” ( enti bertunang ?) huhu saje serkap jarang. Dia tersenyum lebar dia jawab “la” (tak)..senyum jugak dengan pertanyaan saya yang semborono..heheh.manalah tahukan..

Lalu dia cerita pada saya ” Saya takut dengan pelajaran tahun 4 ni, susah dan berat bagiku.” katanya…Lalu otak saya ligat berfikir..saya kata padanya ” Hend..jika Hend rasa berat, takut dengan pelajaran kali ini, cuba Hend bayangkan kami yang pelajar bukan arab, lagi susahkan, enti orang arab jangan sedih dan takut, enti boleh buat lebih baik dari kami.” Dia senyap dan mula membayangkan perasaan kami. Sistem azhar iskandariah sekarang kami ditahun 4 kena hafaz 8juzuk. Doakan saya berjaya tahun akhir ini, mmm berat tu, satu amanah yang berat yang kami kena pulun untuk menghafaz sehabis mungkin…

Tiba2 doktor masuk…Hend tulis pada buku tulis saya supaya berikan kata2 yang memberi semangat padanya…

Sambil menjalani latihan menulis sambil mendengar kuliah dari doktor, saya menyelit menulis sebuah warkah buat teman arab saya…

Beginilah antara isinya, saya translatekan ye,

Kepada sahabatku seislam,

Jika , sahabat sedih, ingatilah Allah sebanyak-banyaknya,

Jika sahabat takut, ingatlah bahawasanya Allah tidak memikulkan ke atas kita melainkan DIA tahu kita mampu memikulnya..

Bagi setiapnya ada ganjaran kebaikan dan balasan baginya…

sebagai hambaNya, katakan : Wahai Tuhanku,jangan Kau hitung apa yang kami terlupa dan salah,

Ya Allah ,jangan Kau pikulkan kami dengan bebanan sebagaimana bebanan orang2 terdahulu dari kami,

Maafkan kami, Ya Allah….

Sahabatku yang kucintai kerana Allah, jika sahabat bersedih hati, ingatlah saudara2 kita di bumi Palestin, di Iraq, di Kashmir, di Chenchen dan di Afghanistan lagi susah. Kehidupan mereka seharian penuh denga kezaliman dengan kekejaman para kuffar…

Kita beruntung dikurniakan nikmat keamanan, boleh belajar, tersenyum, tapi saudara2 seIslam kita di sana, ??

Jangan sedihkan hatimu dengan masalahmu yang kecil sebenarnya, masih ada yang lebih bermasalah berbanding dengan kita.

Sesungguhnya , saya kasihkan dirimu kerana Allah…

Yang ikhlas, saudaramu fillah,

Balqis

 

SEDIKIT PERKONGSIAN DI SINI…

Tak mustahil, jika kita tidak pernah menghadapi masalah, masalah yang hadir tidak mengenal warna kulit, bahasa pertuturan, bangsa mahupun sempadan. Semuanya akan diuji dengan masalah.

Yang bermasalah bila kita tiada masalah..

Sedangkan masalah yang datang merupakan Allah sedang Memerhatikan kita…jika bahasa mudahnya ibarat kita mendapat bahas (assignment)…Bagaimana excitednya kita atau beratnya kita nak membuat bahas, macamtulah kesungguhan yang diperlukan untuk menyelesai ujian yang diberikan ALLAH dengan panduan dan nasihat ALQURAN dan Sunnah..

bagaimana?? teman yang baik dan solehah…mampu memberikan kita bimbingan keputusan mana yang terbaik dan mendapat Redha ALLAH, terutamanya…Jika bahas kita nak mumtaz (excellent) inikan pula bahas yang Allah bagi, mesti mumtaz di Pandangan Allah…ikuti batasan-batasan syaraknya..

Sedikit selingan untuk kita sama2 muhasabah di kala sedih bila terkenangkan masalah kita..Semoga menjadi qawwi dan thabat…(kuat dan tetap di jalan Allah)

Kita sedih bila mendapat masalah…kadang2 sedih yang melampau sampai tak bersemangat nak belajar, nak lari jauh2…

looney_tunes_020

 tapi pernah tak kita terfikir, bahawa ada insan yang lebih sedih..

 

1_196665918m1

Saudara kita dibumi Palesti sedih, bila bayinya ditembak oleh tentera kuffar laknatullah

 

Kita sedih dan rasa beratnya masalah kita, takde orang yang lebih berat melainkan masalah kita lagi berat…

 

Terfikirkah kita, masalah kita rupa2nya kecil je…

1_301839737m

Kita dapat nikmat kesihatan, si kecil ini…?

1_455131879m1

Kita dapat bnikmat bernafas dan membesar…bayi ini…?

1_232102694m2

Kita dapat nikmat kebebasan dan memilih, pakcik ini…? dalam penjara.Ditahan tanpa sebab..

1_308108909m

Pemuda ini dipijak kepalanya oleh kuffar…kita??

1_413346784m

diheret sesuka hati tanpa kesalahan dan memilih…kita??

1_545549624m

Lihat keadaan saudara seIslam kita ini, masalah yang dihadapinya..kita??

1_731805413m1

Wanita ini, diceroboh rumahnya sewenang-wenangnya,,lebih parah sebahagiannya dirogol…kita??

1_533032064m

Anak kecil ini, tidak sempat mencipta kejayaan,..kita?

1_805377465m

Dia berbalut…entah apa nasibnya….kita??

1_537024948m

Saudara kita diseksa dan dihina…kita??

Dia menangis…kita menangis

Tangisilah masalah yang sedang dihadapi saudara2 seIslam kita sedunia..jangan biarkan kita sedih yang melampau mengenangkan masalah kita…Syukuri nikmat yang kita kecapi dan bantulah mereka yang memerlukan kita..

P/S: Sama2 lah kita bantu-membantu….Hulurkan derma samada wang, pakaian, ubat2an, makanan, atau masa, kepakaran untuk rakyat Palestin dan dinegara2 yang dizalimi puak kuffar….Jangan lupakan hulurkan doa2 kita buat mereka…

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

2 Responses to Kisah rakan kuliah arabku Episod 1

  1. nur fatin berkata:

    masyaAllah ya habibti..

  2. hiduplebihbererti berkata:

    sama2 kita doakan mereka ya fatin…uhibbuki fillah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: