Jom kita berfikir…

gor

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat para pembaca yang dirahmati Allah..

Emm post kali ini, ana ingin berkongsi maklumat… Ana pernah mempelajari satu subjek yang bernama Usul dakwah ketika menuntut ilmu di Kolej Islam Darul Ridzuan satu ketika dulu…Karangan Dr. Karim Zaidan..Sangat menarik isu yang cuba beliau ingin kita perhatikan…

Sejarah manusia, rata2nya akan bertanya kepada dirinya…SIAPA YANG CIPTAKAN AKU?…KENAPA AKU DICIPTAKAN KAT DUNIA INI…kenapa bukan kat planet Marikh ke?…Pluto ke?…n etc…( ini ayat tambahan ana ye)..DAN KEMANA AKU NAK PERGI SELEPAS INI?…

Soalan2 ini berlegar2 didalam ruang kecil yang bernama AQAL…tapi kuasanya dalam menerima, menyimpan dan memproses maklumat …MASYAALLAH…Hebat…Contohnya…kita cukup kagum bila pendrive2 ataupun yang lebih besar tempat simpanan maklumat, hardisk…Macam2 jenis dan berbeza nilai kekuatan penyimpanannya…ada yang 1giga…4 giga. Kalau hardisk 120 giga,  160 giga n etc…

Kagum rasanya bila memiliki hardisk yang mempunyai bilangan yang lebih tinggi nilai giganya..sebab lagi banyak nilainya..lagi banyak boleh simpan maklumat luar…Rupa2nya ciptaan manusia yang bernama hardisk yang dikagumi itu jauh lebih sikit nilai kehebatannya jika kita nilai dan muhasabah balik betapa makhluk yang bernama AQAL yang ada pada kita jauh lebih hebat dan up to date..

Jika dilihat dari sudut ilmu mantiq..ana cuba buat perumpamaan…HARDISK yang diciptakan hasil pemikiran manusia…Pemikiran manusia Allah yang kurniakan..Maka HEBAT LAGI CIPTAAN ALLAH. Natijahnya, ALLAH MAHA HEBAT kerana mencipta kompenen yang kecil itu (aqal) mampu bekerja dengan hebat. Nikmat yang perlu kita syukuri bukan sekadar di hati, dilidah tapi buktikan dengan amalan soleh…

niagara-1

 

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Kenapa manusia perlu berfikir? Fikiran yang bagaimana perlu difikirkan? Hasilnya?

Terkenang ana sewaktu mempelajari agama Kristian.Ana mempelajarinya di Malaysia kerana ia merupakan subjek wajib bagi pelajar jabatan Usuluddin.Kami bukan sahaja kena memperkuatkan aqidah Islamiyyah malah kena belajar agama yang terseleweng ini..Jika dilihat dan dikaji, agama ini telah menyekat penganutnya berfikir…Buktinya!..Sesiapa di antara penganutnya mempersoalkan tentang konsep trinity..maka dia dihukum murtad…Apa konsep triniti tu??…Iaitu mereka mempunyai pegangan, Tuhan mereka terdiri daripada 3 elemen iaitu Tuhan Bapa (ALLAH) , Anak Tuhan (Nabi Isa) dan Roh Suci (Jibril)..bercampur menjadi satu.. Makna bahasa algebranya 1+1+1=1…Cuba fikirkan!!

Mana mungkin? 1+1+1 jadi 1…emmm..oleh kerana itu…ramai bekas penganut kristian yang cerdik pandai keluar kristian …Yang silapnya mereka lebih gemar hidup tanpa tuhan…Terlampau cerdiklah pulak..Aliran itu dinamakan Atheis..

Islam sangat2 meraikan penganutnya menggunakan aqal fikiran yang dianugerahkan..Tapi ada sempadannya…Bukan semua mampu difikirkan oleh aqal..Ianya terbatas…kerana kemampuan aqal itu sendiri.

JADI..? Apa pandangan Islam tentang nilai AQAL ini…

Satu:

Aqal yang dikurniakan perlu diarah untuk memikirkan tentang Alam Ciptaan Allah…

Sebagaimana cara ini yang banyak dilalui oleh para nabi..Dengan BERFIKIR TENTANG CIPTAAN ALLAH yang bernama alam…

dsc00092

Persoalannya?…adakah berfikir ini satu ibadah?? Ya ,ianya menjadi ibadah jika fikirnya itu tentang CIPTAAN ALLAH.

Tafakkur tentang Ciptaan Allah merupaka ibadah yang paling mulia…kerana dengan aqalnya, manusia akan dapat merasakan KEHEBATAN ALLAH..TAPI….

Cukup ke sekadar fikir dan lihat je??

Rupa2nya bila kita melihat alam perlu kita rasakan dan hadirkan sehingga terbit di dalam hati…LA ILAH ILLALLAH…TIADA TUHAN SELAIN ALLAH…

Dengan Aqal, manusia akan mampu meninggalkan perkara2 maksiat…kerana Fikirannya hanya ada Allah…kecintaannya kepada Allah…kerana dengan melihat alam ciptaan Allah…terasa diri kerdil dan lemah kerana HebatNYA ALLAH..

KENAPA KITA KENA BERFIKIR ?

Sebabnya ,melalui ibadah tafakkur ini kita akan mengenal Tuhan kita, lalu lahirlah perasaan bahawa Allah itu wujud….ini dinamakan makrifah…kita sedar Allah Hebat kerana hebatnya alam…Kadang2 manusia melihat alam sekadar hebatnya alam…Cuba kita lihat luasnya langit yang tidak bertiang itu mampu berdiri dengan tegak tanpa runtuh..Gunung yang hebat tetap ditempatnya…

Susulan itu, akan lahir perasaan rindu, kasih,takut lantaran melihat alam ciptaan ALLAH…

hati

 

Jika kita baca  kisah bagaimana Nabi Ibrahim mencari tuhan…Baginda tengok bintang, dikatakan tuhan…namun bila siang…bintang semakin kurang sinarnnya…baginda mengatakan..ini bukan tuhan..tuhan mana boleh hilang..Baginda tengok bulan..ini mesti tuhan, bila siang hilang juga..baginda mencari lagi yang lebih kekal…lalu tengok matahari…besarnya..mesti tuhan..bila malam hilang pulak…ini pun bukan tuhan…Mana tuhan? Rupa2nya yang mencipta bintang,bulan dan matahari lebih kekal. Lihat cara pemikiran nabi Ibrahim..Mencari,melihat ,mengkaji dan buat keputusan…

BAGAIMANA KITA NAK KE TAHAP MAKRIFATULLAH?

Ada dua cara. Pertama, caranya kita perlu membaca ALQURAN…Kerana didalamnya ada Jawapan bagi segala persoalan manusia.

Kedua,dengan melihat bukti ALQURAN melalui alam CiptaanNYA…Lihatlah alam dengan aqalmu yang sihat dan hatimu.

Lihatlah disekelilingmu, perhatikan, dengarlah…ke arah alam ciptaanNYA..

P/S: Ada mata lihat , ada telinga dengar, ada aqal fikir, ada hati…??

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: