Sesegar hijau daunan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat seluruh para pembaca yang dirahmati Allah,

Alhamdulillah, sekian lama penulis menyepikan diri lantaran penulis perlu menunaikan segala hak2 orang2 disekeliling penulis…dan mungkin juga kerana diri penulis yang tidak pandai menguruskan blog ini dengan baik dan sistematik…harap tunjuk ajar.

Alhamdulillah…Ramadhan telah pun berlalu, syawal pun bakal meninggalkan kita…zulkaedah bakal berlabuh…emmm tatkala masa semakin melangkah tanpa disedari usia semakin berkurang…masa yang masih berbaki..penulis mengingatkan diri penulis khususnya dan amnya buat para pembaca, marilah kita menilai sejauh mana usaha kita dalam beramal dan menjadi contoh yang baik pada selainnya baik tutur kata mahupun amalan perbuatan..

Penulis juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh keluarga penulis di tanah air, sanak saudara, jiran tetangga kerana tidak putus-putus mendoakan penulis di rantau orang. Jazakumullah khairan kathira atas kiriman kuih raya.

Detika masa yang berlalu, sepupu-sepupu penulis telah selamat diijab qabulkan, barakallahu lahuma, barik ‘alaihima wa jam’u bainahuma fi khair…begitu juga buat akhawat medic alex yang kini sedang menjalani imtihan akhir, penulis mendoakan antunna dikurniakan kejayaan dunia akhirat dan dipermudahkan urusan menjawab…Penulis doakan mumtaz milik kalian dalam urusan pengajian, agama ,dunia dan akhirat. Amin

Penulis juga kini tinggal bersama wajah2 baru, mudah2an kebersamaan kita di bumi anbiyak membantu kita dalam kebaikan dan pembaikan. Buat ukhti2ku rumah syifa lama, penulis menyusun sepuluh jari atas kekurangan, kelemahan dan jika masih terdapat sebarang tuntutan hak boleh diusulkan…Hidup setahun bersama antunna, banyak yang penulis belajar dalam memperbaiki diri.JAZAKUNNALLAH KHAIRAN KATHIRA WA BARAKALLAHU FIKUNNA.

Kuliah sudah lama bermula, moga kuliah baru, tahun baru, beserta dengan keazaman baru…mudah2an kita sama2 boleh berusaha semumtaz mungkin demi RISALAH, meminjam kata seorang ukhti…IJAZAH DEMI RISALAH, perlu ada ‘IZZATUL ISLAM dalam diri…moga kecemerlangan milik bersama…YA ALLAH, KURNIAKANLAH KAMI KEJAYAAN DIDALAM PENGAJIAN KAMI, URUSAN AGAMA, DUNIA DAN AKHIRAT.AMIN

P/S: Ar-ruhul jadid..

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: