Detik-detik Ramadhan berakhir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat semua pembaca,

Sekian lama penulis menyepi, kerana sebuah pencarian. Hidup di bumi Mesir ini, banyak budaya yang tiada di Malaysia menjadikan penulis turut mengikuti rentak di sini dan cuba memahami perkara baru yang sangat menyentuh hati nurani penulis..

Di bumi Iskandariah, Mesir, wilayah yang penulis diami sepanjang perjuangan menuntut ilmu, penulis memerhatikan betapa begitu besarnya perbezaan sambutan Ramadhan di bumi mesir dan di tanah air penulis. Di malam-malam terakhir RAMADHAN bersama dengan kita, suasana di Iskandariah, Mesir sangat-sangat meriah dengan sehabis mungkin dengan aktiviti mengkhatam Al-Quran, iktikaf di masjid2 dan banyak lagi.

Malam tadi, malam ke-23, Alhamdulillah penulis dapat bersama-sama dengan akhawat fillah untuk bersama-sama merasai nikmatnya sebuah ibadah bila ribuan umat Islam di sekitar Iskandariah bersama-sama menghidupkan solat malam.MasyaALLAH tak terungkap perasaan penulis berada di dalam kelompok yang menghargai sebuah malam ,fasa terakhir Ramadhan. Hati sebak, adakah mungkin penulis, kita semua bertemu dengan RAMADHAN…YA ALLAH, BALIGHNA RAMADHAN…

RAMADHAN KAN BERLALU…hargailah detik2 terakhir RAMADHAN dengan sebuah penghayatan dan  kesungguhan…

Para qudamak, menyambut kedatangan RAMADHAN dengan persediaan dan semangat yang membara 6 bulan sebelum RAMADHAN…Setelah berlalunya , KESEDIHAN MEREKA berlanjutan selama 6 bulan lamanya..

RAMADHAN KAREEM….ALLAHUMMA BALIGHNA LAILATALQADR

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: