Hapuskanlah dosa-dosa kita di bulan Ramadhan

 

 

Assalamualaikum warahmtullahi wabarakatuh buat para pembaca..

Kali ini, penulis ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan dengan apa yang boleh kita lakukan pada bulan yang dijanjikan KEAMPUNAN…Jika kita alihkan contoh dunia, ibarat adanya tawaran istimewa di gedung-gedung jualan. Apa perasaan kita bila mendapat khabar jualan istimewa tersebut? Pasti berlumba-lumba.

Pembaca yang dirahmati ALLAH,

VISI 1:

Sebagaimana yang kita maklum, bulan Ramadhan merupakan bulan turunnya AL-QURAN. Al-Quran merupakan dustur kita(perlembagaan). Penulis mendapat panduan dari sekeping pamplet kecil tentang Ramadhan. Sebagaimana Alllah berfirman yang bermaksud, puasa dan Al-Quran akan memberi SYAFAAT pada hamba yang mengamalkannya di HARI QIAMAT. Jika kita mengamalkan menghafaz 2 ayat sehari, bayangkanlah dalam tempoh 30hari, jumlah semua 60 ayat yang telah kita hafaz. Kemudian kita masukkan dalam visi kita mempelajari tafsir walaupun satu surah sehari. Jika 30hari? 30 surah telah kita pelajari tafsirnya. MasyaALLAH…

VISI 2 :

Hadirnya Ramadhan dengan membawa pintu-pintu SYURGA YANG TERBUKA. Jadi inilah peluang kita, apa yang kita tunggu lagi, kumpullah sebanyak mungkin pahala. Antara amalan yang boleh membawa ke SYURGA antaranya ; MELAKUKAN KEBAIKAN, MENYAMBUNG SILATURRAHIM, MENUNDUKKAN PANDANGAN, SOLAT,PUASA dan banyak lagi.

VISI 3:

Hadirnya RAMADHAN turut membawa MAGHFIRAH/KEAMPUNAN. Kini, kita  sedang melalui fasa KEAMPUNAN. Sama-samalah kita mengejarnya.

Visi 4:

Ramadhan merupakan bulan TARBIYYAH DIRI. Hadirnya RAMADHAN perlu hadirnya semangat menunaikan solat jemaah pada waktunya, perbanyakkan bangun malam, tinggalkan yang HARAM, kerana yang halal pun kita tinggalkan (makan dan minum) apatah lagi yang haram (merokok dan lain-lain). Sehinggalah ianya menjadi amalan kita walaupun diperingkat permulaan ada keberatan dalam melakukannya. InsyaAllah pasti mudah bila sentiasa dilazimi.

VISI 5:

Para pembaca yang dirahmati Allah, antara visi-visi ini, ada satu visi lagi yang paling tinggi nilainya dan paling banyak kelebihan hadirnya RAMADHAN iaitu ; ISTIMRAR (berterusan) dalam melakukan ketaatan selepas berlalunya RAMADHAN. Jadilah kita seorang hamba yang Rabbani bukannya hamba Allah yang hanya pada bulan RAMADHAN sahaja. Na’uzubillahi minzalik.

SALAM RAMADHAN..RAMADHAN KAREEM, ALLAHU AKRAM, KULLU SANAH ANTUM AQROB ILALLAH

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: