Mulakan hidup kita dengan niat yang baik

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh buat semua pembaca,

Alhamdulillah, hari ini panulis dapat merealisasikan niat penulis untuk berkongsi maklumat2 yang membina sesama pembaca. Mudah-mudahan,niat penulis kerana Allah dan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam mendapat keredhaanNYA..amin ya rabb..Begitu juga penulis mengharapkan para pembaca memulakan pembacaan dengan niat kerana Allah…mudah-mudahan perkongsian kita mendapat redha Allah..

Penulis masih baru didalam dunia penulisan,banyak perkara yang ingin dikongsi dengan pembaca,dan banyak juga kelemahan penulis.diharap perkongsian kali ini memberi manfaat pada pembaca.

Alhamdulillah,hari ini,hari ke-13,umat Islam menjalani ibadah puasa..kita sekarang berada di minngu kedua iaitu minggu Mengejar MAGHFIRAH ALLAH, mudah-mudahan kita tergolong didalam orang2 yang mendapat keampunan Allah.amin ya rabb..

penulis ingin berkongsi satu perkara,jika kita melakukannya,hidup kita akan lebih bererti..

iaitu,marilah sama2 kita memulakan hidup kita dengan niat yang baik. Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pernah bersabda” Sesungguhnya amalan itu mempunyai niat, dan sesungguhnya setiap perkara dinilai dengan niat, barangsiapa yang berhijrah (niat) kerana Allah dan Rasul, maka dia telah berhijrah (niat) kerana Allah dan Rasul, dan barangsiapa yang berhijrah (niat) kerana dunia ataupun kerana perempuan yang ingin dinikahi, dia akan dapat apa yang diniatkannya” riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Pembaca yang dirahmati Allah,

Begitulah besarnya perkara yang berkaitan dengan niat…sebagai contoh,jika satu perkara besar dilakukan bukan kerana Allah, akan menjadi kecil dipandangan Allah kerana nilai niatnya..,begitu juga dengan satu perkara kecil jika diniatkan kerana Allah ,akan dinilai hebat dipandangan Allah…

Hidup kita akan lebih bererti,jika kita sentiasa memastikan dalam agenda hidup kita bahawa niat menjadi perkara yang penting dalam kita mengorak langkah dalam setiap perkara yang kecil mahupun besar…MaRILAH kita berusaha memasang niat kerana Allah…hidup kita pasti lebih bererti…

Semoga kita sama2 berniat kerana Allah

Ramadhan Kareem, wa kullu sanah antum aqrob ilallah

Perihal hiduplebihbererti
kuliyyah usuluddin (pengkajian hadith) universiti al-azhar,iskadariah

Tinggalkan komen